Wednesday, July 3, 2013

Tulisan

Tulisan
Ada apa dengan tulisan?
Ada apa disebalik tulisan?
Apakah kuasa disebalik tulisan?

Tulisan.
Tulisan itu seni.
Tulisan itu kuasa,
Tulisan itu tajam.
Tulisan itu membunuh.

Tulisan.
Tulisan itu satu picisan.
Tulisan itu satu madah.
Di sebaliknya tersembunyi satu kuasa.

Tulisan.
Tulisan itu mampu membunuh,
Tulisan itu mampu membina.
Di sisinya terselit satu rahsia.

Tulisan.
Rahsia tulisan yang mengoncang dunia.
Rahsia tulisan yang menggubah dunia.
Di sampingnya wujud satu persamaan.

Tulisan.
Kuasanya mampu menewaskan berjuta askar.
Kuasanya mampu meruntuhkan tamadun dunia.
Berdiri ia di batasan kemanusiaan.

Bersenjatakan pena dan secebis kertas.
Satu contengan tulisan.
Mampu menundukkan tentera berkuda.
Satu madah,
Mampu menundukkan tentera besi.
Satu coretan,
Mampu menundukkan tentera badang.

Ditikam tulisan,
lebih menyeksakan daripada
ditikam senjata tajam.



No comments:

Post a Comment