Thursday, July 4, 2013

Mesir

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi
Hari ni di Malaysia
Cuaca macam biasa.
Tenang sahaja.

Hari ni.
Khamis,
4 Julai.

Satu lagi hari yang perlu diingati.
Hari di mana kebenaran sekali lagi dinafikan.
Hari ni mana saudara kita di Mesir kembali ke dalam era kegelapan.
Hari di mana saudara kita di Mesir dikhianati.
Hari di mana pengkhianatan besar berlaku di sana.


Hari ini,Presiden Mesir, DR Morsi telah digulingkan.
Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat.
Presiden yang mempunyai semangat cintakan Islam.
Presiden yang telah memutuskan hubungan dengan Syria atas dasar agama.
Seorang Presiden yang berani.

Presiden Mesir,DR Morsi yang memperjuangkan Islam,
30 juzuk al Quran di dalam dadanya.
Seringkali menjadi imam solat.
Memerintah dengan cara Islam.
Dan digulingkan dengan rampasan kuasa oleh tentera Mesir.


Kejatuhan Mohamed Morsi diakibatkan oleh satu komplot pihak musuh
dibantu oleh polis dan askar.
Komplot yang didokong oleh orang yang berfahaman ideologi ciptaan manusia.
sosialis,liberal,kapitalis.
Ideologi ini yang mengakibatkan umat Islam hari ini
gagal meletakkan Islam sebagai satu ajaran yang sempurna.


Jika dulu Mesir di bawah kepimpinan Mubarak yang dianggap diktator,
sekarang dipimpin oleh Morsi yang mempunyai agenda untuk menegakkan Islam.
Selama 30 tahun rakyat mengadu menderita di bawah Mubarak.
Kenapa hanya setahun di bawah Morsi rakyat tidak dapat menahan semua itu?
Hanya kerana sedikit suntikan jarum propaganda dari golongan pro-mubarak,
rakyat Mesir sudah jatuh.
Satu mental yang lemah!

diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”






Akhir kata daripada Florist.
Tak boleh nak tulis panjang2 kali ni.
Sedih.

Florist agak terkilan dengan
TV3
kerana apa?
kerana menggelarkan Presiden Morsi sebagai diktator.
Florist tak tahu dari mana datangnya pandangan mereka Morsi as a dictator.
Kenapa?
Kenapa apabila seseorang yang menegakkan Islam sering digelar dengan gelaran yang buruk?
Isu Syria,
mereka menggelarkan rakyat yang inginkan keadilan sebagai pengganas.
Sedangkan begitu jelas lagi nyata,
tentera kerajaan Syria itu yang ganas.
Mereka bunuh wanita,bunuh kanak-kanak
dan wajarkah mereka digelar dengan gelaran pejuang??
Wajarkah??

Dah,
Stop.
Nanti kalau Florist tulis lagi,
keluar pulak isu lain.

Sekian untuk kali ni.



p/s : Satu lagi demokrasi telah mati.


No comments:

Post a Comment