Assalamualaikum
Hai
Hello,
Selamat pagi.
Hari ni tulis entry lambat sikit.
Banyak keje kena buat.
Ni pun tak habis lagi kerjanya.
Rest kejap.
Time rest ni la amik peluang nak tulis entry.
Ke acaner?
Okei
Semalam pihak2 berwajib dah skodeng anak bulan.
Hasil aktiviti skodeng itu,
telah diputuskan bahawa Bulan Ramadhan pada tahun ni
jatuh pada hari Rabu bersamaan 10 Julai.
Haa,.ini bermakna bahawa
bermula esok,
seluruh umat Islam akan mula berpuasa.
Wheeww,.seronok !!
Bulan Ramadhan ni bulan yang penuh barakah.
Bulan yang digandakan amal kebajikannya.
Bulan dimana setan2 dirantai.
cuma setan yang dikenali je bebas
Bulan dimana terdapatnya satu malam yang lebih baik dari Seribu Bulan.
Malam yang dinamakan Lailatul Qadr.
Bulan dimana adanya Solat Tarawikh
Bulan di mana pintu2 neraka ditutup.
Bulan di mana pintu2 syurga dibuka seluas2nya.
Bulan di mana umat Islam boleh borong pahala banyak2.
Tak lupa juga di bulan Ramadhan ni,
laman2 sosial akan dipenuhi dengan gambar2 makanan,
laman2 sosial akan dipenuhi dengan update status yang menceritakan bahawa
1. Mereka lupa sahur
2. Tempat mereka bersahur
3. Menu berbuka
4. Mengajak kawan2 pergi Bazaar Ramadhan
5. Komplen Imam baca surah panjang time Tarawikh
Haa,.
Bulan Ramadhan ni,sebenarnya bukan sekadar hanya menahan makan dan minum.
Bila tiba bulan Ramadhan,
walaupun setan2 dah dirantai,
tapi assistant dia masih ada.
Sape assistant dia tu?
haaa,.
nama assistant dia tu,Nafsu.
Yes.
Jihad melawan nafsu.
Nafsu dalam diri manusia ni memang ada dan wujud.
So di bulan Ramadhan ni,kita perlu melawan nafsu.
Kontrol nafsu tu.
Nafsu apa?
Nafsu ni banyak.
Nafsu makan,nafsu tido,nafsu itu nafsu ini.
Memang banyak lah.
Bagi couple yang suka buat date tiap2 hujung minggu tu,
apa kata korang kurangkan sikit date tu,
atau tak date langsung?
Haa,.
meh sini nak bagi tips sikit,
Cer korang ajak parents bf/gf korang pergi tarawikh sekali.
Baru la rare kan?
Baru la nampak ciri2 seorang bakal menantu yang baik.
Ini idak,
waktu berbuka je kot yang laju korang pergi.
konon nak tunjuk kesopanan di meja makan.
hehe
Okei.
Bulan Ramadhan.
Penyakit paling popular bulan ni ialah gastrik.
ye dak?
Nanti ni boleh tengok berapa ramai manusia yang sakit gastrik.
Dan yang menarik mengenai gastrik pada bulan Ramadhan ni,
Kebanyakannya yang kena ialah orang lelaki.
ye dak?
Bagi golongan perempuan pulak,
makin ramai yang datang bulan secara kerap atau dalam erti kata lain,
datang bulan secara mingguan.
eheh,
tu da jadi datang minggu,bukan datang bulan.
Dan beribu alasan lagi lah.
Sebab tu la amalan berpuasa ni,
perlu diterapkan dalam diri sejak kanak2 lagi.
Bukan hanya bulan Ramadhan je yang boleh puasa.
Bulan2 lain pun boleh.
Puasa sunat.
Puasa ni sebenarnya ubat segala penyakit.
Kalau tak caye,cuba tanya pakar kesihatan.
Bulan ni,mindset tu penting.
Apa yang kita nak sebenarnya dari Ramadhan ni.
Adakah hanya sekadar berpuasa?
atau ingin beramal?
Andai kata Ramadhan tahun ni last.
bukan ke rugi kalau tak beramal?
Sekian saja entry ringkas untuk kali ni.
Nak sambung buat kerja plak.
Malam ni nak tarawikh pulak.
Korang tarawikh katne malam ni?
Kaau jumpa dengan Florist,tegur2 la ye.
Salam Ramadhan semua =)
No comments:
Post a Comment