Monday, July 8, 2013

Remaja dan Cinta : Cinta Palsu

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi.
Apa khabar semua pembaca,
harapnya sihat aja.
Cuaca hari ni okei je.
Tenang macam biasa.
Cuma hari ni rumah Florist ada masalah sikit,
enjin tangki air rosak,
so,takda air kat rumah.
Susah la sikit nak siapkan kerja2 rumah.
Nak membasuh lagi,nak cuci pinggan,buat tu buat ni.
Nampak tak pentingnya air ni?
Nampak tak?

Okei,
Sementara enjin tu dibaiki,
Kerja2 rumah pun tak boleh dibuat,
So,Florist tulis entry je la.
Boleh je kan?
Tulis entry tak guna air kan? hehe

Entry kali ni bertajuk Cinta Palsu.
Korang tau tak Cinta Palsu ni apekenama?
Mengikut kajian yang Florist buat,
Fenomena Cinta palsu ni terjadi apabila seseorang itu tak sanggup untuk menolak permintaan orang lain yang cintakannya.
Contohnya macam ni :

A : Awak,saya cintakan awak. Dah lama saya simpan perasaan saya ni kat awak.
Sudi tak awak terima hati saya ni?

B : (hmm,.macam mana ni,nak tolak,kesian. Tapi aku tak cintakan dia. Macam mana ni..)

A : Awak? Kenapa senyap je ni?

B : Ah? Ye2,.sori2,.hmm,.Ok. Saya terima awak.

A : Betul ke ni?? Gembiranya saya kalau itu keputusan awak. Saya sangat2 sukakan awak tau !

B : (ish,.apa aku dah buat ni,.hmm,.takpe lah. Terima je lahh.,kesian pulak dia ni)


Haa,.lebih kurang macam tu la.
Nampak tak kepalsuan cinta di situ?
Nampak tak?
Benda ni dari satu sudut nampak simple.
Mungkin ada yang akan cakap

"Alahh,.takpe la. Nanti satgi dia akan suka la tu."

Soal hati tiada yang simple pembaca yang dikasihi sekalian.
Cuba fikir apa yang si B tu akan buat sekiranya dia terjumpa orang yang menepati citarasanya?
Dan orang yang dia suka tu pun suka kat dia?
Apa yang akan berlaku kepada si A yang menyangkakan bahawa dirinya sudah diterima?

Memang konfem2 la yang si B tu akan tinggalkan si A.
Tapi macam mana caranya?
Banyak caranya
tapi yang pasti,
walau apa pun caranya,
si A akan tetap terluka.
Didustai oleh cinta yang palsu.
Didustai oleh cinta yang disangkakan cinta sejati
Lagi perit bila si B mengaku bahawa dia sebenarnya tidak cintakan si A 
tapi hanya menjaga hati.

Si A,yang cintakan si B dengan sepenuh hati mungkin tidak dapat menerima kenyataan ni.
Mungkin dia masih lagi mengharap.
Dan dia masih tidak mencari yang lain.
Atau dengan kata lainnya,
Terpenjara oleh cinta.


This kind of situation kinda sad.
Or maybe,heartless?


Remaja dan cinta,
memang tidak boleh dipisahkan.
Tapi ingat,
Selagi belum kahwin,
Macam2 boleh terjadi.
Ada je yang couple bertahun2,tapi last2 kahwin dengan orang lain.
Dan ade je yang tak couple pun,tapi boleh kahwin.
Nampak tak?
Cinta di alam remaja tidak bawak kemana.
Bagi Florist,
tak salah untuk bercinta.
Tapi berpada-pada lah,.

Ini tidak,
couple tak sampai sebulan,
dah berhabis duit beli itu ini konon nak jaga hati.
Lepas tu kalau putus?
Tak ke membazir namanya?

"Alahh,.duit aku. Bukan duit kau. Yang kau sibuk pehal?"

.....Okei fine...
Orang bagi nasihat je.,
taknak dengar sudah~


Ehem.
So kesimpulannya.
Make it easy.
Kalau suka cakap suka.
Kalau tak suka cakap tak suka.
Jangan sampai gara2 nak menjaga hati,
You bagi harapan palsu.
Kalau nak jaga hati sangat,
tolak secara sopan,secara tertib.
Hati dia mungkin terluka kalau ditolak,
tapi luka yang tidak dalam berbanding dengan luka cinta dan harapan palsu.
Faham tak remaja sekalian? =)

Mungkin setakat ni dulu untuk entry kali ni.
Lain kali Florist sambung lagi.
Dah pukul 11.00 AM.
Nak kemas2 rumah pulak.
Takpe,
tak guna air pun. haha
Okei la.
Sekian untuk kali ni.
Babai~


No comments:

Post a Comment