Monday, July 22, 2013

Ceritera 1 : Pertemuan

          Kokokan ayam memecah hening pagi. Pagi itu kelihatan satu lembaga manusia sedang berdiri di tepi pantai. Merenung kosong ke arah laut. Mungkin sedang memikirkan sesuatu. Mungkin sedang muhasabah diri. Mungkin memikirkan kebesaran Tuhan. Atau mungkin sekadar ingin menghirup udara pagi yang segar. Yang tidak mungkin dapat dinikmati ketika dia berada di bandar.

           Keadaan begitu damai dan menenangkan jiwa. "Amat rugi jika terlepas peluang untuk menikmati udara segar seperti ini." getus hati kecilnya. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung berpusu-pusu ke arah masjid untuk menunaikan subuh berjemaah. Walaupun tidak seramai solat maghrib,tapi sekurang-kurangnya masih ada yang melakukan solat jemaah. Pun begitu,masih ada lagi jiwa-jiwa yang sedang lena diulit mimpi. Tidak sedar bahawa hari sudah semakin cerah.

              Dan dia masih lagi di situ. Merenung kosong ke arah lautan. Ditemani desir2 pantai yang dihempas ombak. Kokokan ayam saling bersahutan tidak diendahkan. Seolah-olah dia telah memasuki satu dunia yang lain. Dunianya sendiri.


***************************************************************************

               

                 "Kiko,kau kemana pagi tadi? Aku tengok kau takda dalam bilik" tanya Boi. 
"Aku ada je. Duk kat sana tu" jawab Kiko sambil menunjuk ke arah pantai,tempat dia menggelamun subuh tadi. Boi sekadar memandang sahabatnya itu. Dia tahu Kiko ada masalah. Dan dia tahu Kiko tak pernah kongsi masalah dia dengan orang lain walaupun orang tu rakan karib dia sejak kecil lagi.
Boi sudah masak dengan perangai Kiko. Air kopi panas diteguk. Hari ni sudah masuk hari kedua mereka berada di kawasan peranginan ni. 
                   Kata Boi,dia ingin Kiko membawa Kiko keluar dari kesibukan kota. Nak cari ketenangan,
"Kalau kau nak cari ketenangan,pantai tempat yang agak sesuai. Kau tau?" Masih segar kata2 Boi itu. Dan hasilnya,mereka di sini. Benar kata Boi,sedikit sebanyak ketenangan itu dicapai disini.

               Bukan dia ingin lari dari realiti. Bukan dia seorang yang penakut. Bukan. Dia sekadar inginkan ketenangan. Ketenangan yang membolehkan dia berhenti seketika dari memikirkan perkara yang membuatkan dirinya kusut dalam diam. Meskipun jika dilihat dari luaran,dia tetap Kiko yang sama. Kiko tidak pernah menunjukkan apa yang dirasainya kepada orang lain. Sentiasa menyembunyikannya agar orang lain tidak perlu bimbang terhadap keadaannya. Itulah Kiko. Sentiasa memikirkan orang lain melebihi dirinya sendiri.

           "So,esok dah nak balik. Kau macam mana sekarang? apa rasa?" tanya Boi sambil tersengih nakal. Dia dan Kiko dah macam adik beradik. Suka duka sentiasa bersama. "Puas hati lepak kat sini? Dapat tak ketenangan?" sambungnya lagi.
           Kiko senyum. Perlahan dia mendongak ke langit sambil menghela nafas panjang. "Nice bro."
Boi tersenyum melihat sahabatnya itu. Cuti seminggu itu cukup untuk mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dan untuk bercuti walaupun hanya tiga hari. Cukup puas.

            Tahun ni mereka akan menduduki SPM. Tahun yang agak mencabar bagi sesiapa sahaja.
Sudah diterapkan dalam minda pelajar sekarang bahawa jika mereka gagal SPM bermakna mereka akan gagal for their entire life. Dan sebab itu juga lah mereka ada disini sekarang ni. Boi tahu Kiko agak tertekan dengan study. Atau mungkin juga ada sebab lain. Tapi yang pasti,Kiko tertekan dengan study. Tambah2 lagi bila cikgu2 meletakkan harapan tinggi ke atas bahunya.

             Fikiran Kiko memang sangat berat sekarang ni. Tekanan belajar dan masalah dengan Najwa. Semuanya bercampur aduk. Ya. Najwa. Gadis yang berjaya mencuri hatinya. Kekasih hatinya. Orang yang disayanginya dan dalam masa yang sama orang yang sering menjadi beban buat dirinya. 
Salah satu sebab dia berada di sini ialah selepas Najwa 'meragam'. Mintak itu mintak ini. Bukan tak nak bagi.,cuma..
             "Hei,jauh mengelamun!" lamunannya terhenti disapa Boi. Hampir tertumpah air nescafe di tangannya. Baik punya kawan. 

              "Jom jalan2 tepi pantai. Cuaca elok ni. Best." ajak Boi sambil melepaskan pandangannya ke arah pantai. Kiko sekadar mengangguk dan tersenyum tanda setuju. Sambil menikmati Latte,Boi bercerita tentang sejarah kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Kiko sekadar menadah telinga mendengar.
Boi memang dikenali sebagai seorang yang gila sejarah di sekolah. Kiko tersenyum lagi. Ilmu ada di mana2.

            Bayu pantai lembut menyapa wajah. Sangat mendamaikan. Meskipun ramai orang di situ pada pagi itu,tapi itu sedikit pun tidak menganggu kedamaian pantai. Kiko tersenyum lagi. Boi sekadar memandang sahabatnya itu. "Kiko,.memang kau ni selalu je senyum kan?" hati Boi berbisik. No wonder la orang tak boleh nak baca kau.
               Matahari dah makin tegak. Bahang mula terasa. Orang yang memenuhi pantai tadi makin kurang. Masing2 sudah beransur masuk ke dalam bilik masing2. Berehat sementara menanti Zohor.
"Kau dah habis mengelamun ke belum? Dah. Jom masuk bilik. Nanti kang ada yang hangus kena bakar pulak,jatuh saham." usik Boi. Kiko hanya senyum sambil berjalan menuju ke arah bilik mereka.


***************************************************************************

            "Alamak,bro. Phone aku mane ek?" tanya Kiko tiba2. Sambil meraba poket seluarnya untuk memeriksa samaada telefon bimbitnya ada di dalam poketnya tapi hampa. Boi yang sedang membaca nota sejarah bangun dari kerusinya lalu turut sama memeriksa bilik mereka. Tapi hasilnya tetap sama.
            "Cuba kau call" ujar Kiko,cemas. Boi menurut kata Kiko tapi tetap hampa. 
            "Okay macam ni. Kau teruskan call,aku pergi cari kat luar. Mane la tahu kot2 terjatuh ke ape ke" cadang Kiko lagi.

              Kiko pergi ke arah dewan tempat mereka bersarapan pagi tadi. Tapi tiada tanda bahawa telefonnya jatuh di situ. Tanpa melengahkan masa,dia berlari pula kearah pantai. Dia yakin telefon bimbitnya jatuh disitu. Hanya disitu dia meluangkan banyak masa pagi tadi. Semakin dia hampir ke arah pantai,telinganya menangkap bunyi deringan yang cukup dia kenal. Ya. ringtone Big Poppa Pump itu cukup dia kenal. Dia semakin hampir dan tiba2..

            "Ouch! Hey! Mata tu tengok depan la! Aduhh" seorang gadis jatuh terduduk akibat dilanggar Kiko. Mereka masing2 sama2 jatuh terduduk. Barangan yang dibawa pemilik suara itu berterabur. Kiko tanpa sebarang alasan lantas bangun dan meminta maaf.
             "Maaf? Oh great. You ingat bila you minta maaf,semuanya akan ok? Senangnya kalau macam tu. Awak langgar saya,saya jatuh and you know what,awak dah rosakkan cermin mata saya! Tu saya tak sebut lagi pasal barang2 yang berterabur ni semua. Kalau rosak,awak nak ganti semua ni?" Laju dia menuturkan tanpa memberi ruang kepada Kiko untuk mencelah.
         
             Kiko hanya menadah telinga mendengar satu demi satu. Macam yang biasa dia buat apabila Boi bercerita. "Let me help you." hanya itu yang dibalas Kiko. Tanpa banyak bicara,dia lantas tunduk mengumpul kembali buku2 yang jatuh. "Hmm? Buku teks tingkatan 5?" getus hati kecil Kiko.
Selesai dia mengembalikan buku2 itu kepada tuannya,sekali lagi dia meminta maaf.
              "About your kacamata,saya akan gantikan dengan yang baru, Jangan bimbang."
Kacamata? Skemanya budak ni. Ainan mengerutkan kening melihat ke'formal'an yang ditunjukkan Kiko.
               "Tak payah. Saya boleh beli sendiri la." kemarahan Ainan masih belum reda.
Kiko sedar tentang tu. Dia senyum memandang Ainan.
               "Hai. Saya Kiko. Maaf tentang tadi. Maaf juga sebab kita berkenalan dengan cara ni. Saya sebenarnya tadi nak ke sana" ujar Kiko sambil menunding jari ke arah pantai. "Telefon saya tercicir. And that's why saya agak kalut tadi. Dah tak pandang kiri kanan. Maaf ye." sambung Kiko cuba untuk menenangkan keadaan di samping menjelaskan hal sebenarnya.

                Ainan hanya memandang Kiko tanpa sebarang kata. Jelas dia masih marah walaupun tidak semarah tadi. Ainan mengorak langkah untuk meninggalkan tempat itu. Jika diturutkan hatinya,dah lama Kiko disemburnya tadi.
                "Awak ni student form5 kan?" tanya Kiko secara tiba2 apabila Ainan berjalan melepasinya.
                " Dan kalau jawapannya Ya. Kenapa?"
               "Saya nampak awak ada masalah dengan subjek Sejarah. I can help you. Itupun kalau awak nak." Kiko cuba mengambil hati Ainan.
                "Thanks but no thanks." ujar Ainan sambil melangkah pergi.

***************************************************************************


              "Oit,jauh termenung nampak" sergah Boi. Kiko yang sedang merenung jauh ke langit tersentak.
              "Apa yang kau menungkan tu?" tanya Boi sambil melabuhkan punggungnya di tepi Kiko. Santai malam di tepi pantai memang seronok. Sunyi dan hanya kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai. Bayu darat memang sangat mendamaikan jiwa. Jauh dari kesibukan kota.

              "Tadi aku jumpa dengan sorang perempuan ni. Aku terlanggar dia. Aku bukan sengaja pun. Bukan main lagi dia marah aku. Membebel laju je. Macam machine gun. Tak sempat aku nak mencelah. Tapi memang patut pun dia marah,cermin mata dia pecah kot." terang Kiko panjang lebar.Dari gaya pertuturan,memang jelas bahawa dia menyesal.
              "Kau tak nak ganti ke?" tanya Boi.
              " Gila kau tak nak ganti. Wajib ganti kot. Tapi tu la,dia tak nak aku ganti balik." jawab Kiko. "Dan aku dah cuba cara lain nak redakan hati dia tu..aku tawarkan diri nak ajar dia Sejarah. Well,again,dia tak nak." sambungnya lagi.

              "Kau nak ajar dia sejarah? Aduh,.kau ni. Takkan la dia nak orang asing ajar dia. Tiba2 pulak tu." Boi tergelak kecil. Kalau bab bercakap dengan perempuan,Kiko memang failed. Aku pun tak tahu la macam mana si Najwa tu boleh sangkut dengan dia.
               "Okay la wei,aku gerak dulu. Ngantuk. jangan lama sangat duk sini. Nanti kena tarik dengan hantu air. Balik awal tau. haha"  Usik Boi sambil berlalu .

             Ish,.Boi ni..buat lawak hantu pulak malam2 macam ni. Kiko menggeleng kepalanya. Tangannya mencapai Latte di sebelahnya dan diteguk perlahan. Dinikmati Latte itu sambil kepalanya merenung bulan di dada langit.
             "Esok dah nak balik. Kelas dah nak start lagi 2 hari. Dah tak lama tu. Najwa.,hmm,.biaq pi la dia. Nanti dia elok la tu kot" bisik hati Kiko.
               Masalahnya dengan Najwa yang tak kunjung habis. Sering kali dia dipersalahkan. Dan seringkali juga dia sentiasa mengalahkan.

             Sedang dia termenung mengelamun.,telinganya menangkap bunyi suara perempuan menyanyi.
Suara yang sangat merdu. Tiba2 dia teringatkan kisah hantu air yang pernah diceritakan oleh Tok Wan Ali dulu2. Kata Tok Wan,hantu air akan menyanyi untuk memukau orang yang berada di atas kapal. Mangsa biasanya lelaki dan hantu air akan menyerupai wanita yang sangat jelita. Dahinya dibasahi peluh dingin.
              "Hantu air ye.,jom tengok macam mana rupanya" Kiko berkata sendiri. Cuba memberanikan diri. Dicapainya kayu yang panjangnya sehasta yang kebetulan ada di kakinya.

             Dia pun tidak tahu kenapa dia berani buat macam tu. Dia menghampiri suara merdu itu. Semakin dekat. Langkah demi langkah. Dia dapat melihat satu susuk tubuh sedang duduk di atas batu di tepi pantai. Dia yakin,lembaga itu adalah pemilik kepada suara merdu yang didengarnya. Dia menghampiri perlahan. Apabila jarak semakin dekat, Kiko terpijak cengkerang dan itu telah mengejutkan lembaga hitam itu.

               Peluh dingin membasahi dahi Kiko. Lembaga itu berpaling dan bertentang mata dengan Kiko.
Kiko tersentak. Terkejut dan terkasima apabila melihat wajah lembaga itu. Tiada kata yang mampu diungkapkan. Sungguh dia sudah terpesona.



***************************************************************************


           Esok kelas dah nak start. Kiko dan Boi dah selamat sampai kat rumah masing2. Pulang dari percutian dengan semangat yang baru. Terasa seperti mendapat semangat baru. Memang tak rugi mereka menenangkan fikiran di situ. Mereka akan ke situ lagi,pasti.
           "hey,jauh termenung!" sapa Boi apabila melihat Kiko termenung di jendela rumahnya. Rumah mereka bukan jauh sangat. Mereka tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
           "Takde la Boi,aku saje je. Teringat esok sekolah." Jawab Kiko malas.
           "Sebut pasal sekolah,aku teringat aku ada benda yang perlu dicari untuk subjek Bio esok. Aku pergi dulu weh. Jumpa esok." Boi bergegas pergi. Hmm..biasa la tu Boi,pelupa. Entah2 esok pun dia lupa nak bawa benda yang dia cari tu.
            Memang dah jadi tugasan tidak rasmi Kiko untuk mengingatkan Boi agar dia tidak lupa. Itu la gunanya sahabat,mengingatkan jika terlupa,menegur jika salah.
            Kiko kembali merenung langit di sebalik tingkap. Fikirannya melayang.
         
             "Sekolah..Najwa..suara merdu.lembaga hitam..dan..Ainan?"






************~~~~~~~~~~************


No comments:

Post a Comment