Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi
Hari ni cuaca tenang.
Cuaca yang tenang di pagi 1 Syawal Ramadhan.
Acaner sahur pagi tadi?
Best?
Mesti ada yang makan sambil mamai tadi kan?
Main suap je masuk dalam mulut.
Dah tak kisah dah apa yang disuap tu.
Asal masuk ke perut.
Dan mesti ada yang bersemangat time sahur tadi kan?
Makan tak ingat dunia.
Tambah nasik 2 3 pinggan.
Memang yang ni semangat bebenor nih.
Bagus la kalau semangat macam ni.
Tapi harapnya kekalkan la semangat ni sampai habis Ramadhan ni ye.
Baru la power.
Ke acaner?
Semalam tarawikh kat mana?
Kat rumah atau kat masjid?
Tak kisah la kat mana2 pun,asalkan solat.
Ke acaner?
Bulan ni je tau ada tarawikh ni.
Nampak tak keistimewaannya?
Nampak tak?
Cakap sal tarawikh,
teringat time kecik2 dulu.
Zaman muda2
Zaman kanak2.
Zaman tengah comel.
Pergi tarawikh kat masjid bandar.
Taknak tarawikh kat masjid kampung.
Kenapa?
Sebab masjid bandar tu besar dan luas.
[gambar hiasan]
Waa,.
Apa kaitan masjid besar dengan semangat nak tarawikh?
eheh.
Time kocik2 dulu,
Solat tarawikh 4 rakaat je,.
Lepas tu turun main dengan kawan2.
Macam2 jenis permainan .
Tapi biasanya main sorok2 lah.
Main mercun kekadang,
Sebab tok imam marah.
uishh,.garang kot tok imam.
Tu time kecik2 la.
Memang banyak nostalgia zaman dolu2.
Dan bagi Florist,
suasana dulu lagi mantap dari sekarang.
Sekarang ni dah tak meriah macam dulu.
Tengok je la dalam tv.
Ada nampak tak iklan2 pasal Ramadhan selain kehadiran semula Yusoof Taiyoob selepas setahun menyepi?
Mungkin ada.
Tapi tak rancak.
Tak tahu apa apa yang menyebabkan berlaku perubahan macam ni.
Okei.
Semalam Florist solat kat masjid bandar.
Pergi lepas maghrib.
Memang penuh la orang kat masjid tu.
Laki pompuan semua penuh.
Isyak ramai2.
Seronok.
Dulu pergi dengan kawan2.
Sekarang pergi sorang2 je.
Kawan2 semua duk jauh.
Masuk tarawikh.
Mula2 tu Florist duk dalam saf kelima.
Siap 8 rakaat.
Florist pusing belakang tengok,makmum dah tinggal separuh. (-_-)
Okei.
Tak kisah,
Teruskan solat.
Nak masuk witir tu,
Florist pusing belakang lagi.
dan..
"Aik?? Tadi asenya aku duk saf kelima. Tapi apsal jadi aku duk saf akhir sekali ni? Dah kemana semua makmum?"
Lepas tu terpikir.,
dulu Nabi Muhamad S.A.W pernah solat sampai bengkak2 kaki.
Baginda tu Nabi.
Memang confirm syurga.
Tapi kita ni yang belum tentu dapat syurga nak solat lama sikit pun dah macam2.
Tengok ada je kot pakcik2 dengan makcik2 tahan sampai 20 rakaat.
Takkan yang muda ni tak boleh.
Mungkin dorang ada kerja lain kot. =)
Ada urusan penting ke,. =)
Dorang sakit ke,. =)
Terlupa nak tutup api dapur ke =)
Dan macam2 lagi lah.
Kita mana tahu kehidupan dorang kan,.
So,jangan cepat sangat judge orang.
husnudzon. =)
Tapi yang pasti,
Suasana malam Ramadhan memang best.
Terasa kelainannya.
So,setakat ni dulu untuk entry serba ringkas kali ni,
Walaupun puasa,rutin harian tak boleh puasa jugak.
Kemas rumah tu perlu.
Okei,
Florist tinggalkan satu soalan cepumas kepada pembaca sekalian
Cuba fikir atau rujuk mana2 buku atau ustaz,
lepas tu bagitau Florist.
Salam Ramadhan al Mubarak =)
Kalau A korek hidung B guna jari A,tanpa kerelaan B. Puasa siapa yang batal? A atau B?
No comments:
Post a Comment