Saturday, October 5, 2013

Cinta Remaja : Kekal atau Sementara?

Assalamualaikum
Hai
Hello 
Selamat Pagi (?)

Dah lewat malam ni.
Ada lagi yang belum tido?
Study eh?
Bagus2.

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada adik2 yang berjaya mengharungi ombak PMR yang telah mengganas selama seminggu dengan jayanya.
Harapnya nanti takda yang karam di lautan PMR itu ye. =)

Dan yang bakal menentang gergasi SPM dan STPM.
Semoga senjata2 korang dah cukup power,dah cukup canggih untuk menentang gergasi yang menjadi igauan ramai ni.

Okei.
Malam ni entry bertajuk Cinta Remaja : Kekal atau Sementara?

Haa..
mainstream kan tajuk entry kali ni?
Sebab dah tak tahu nak buat tajuk apa. hehe
maafkan saya.
maafkan saya.
maafkan saya.

err..
btw,kenapa tajuk macam tu?
Sebab...
Florist perhatikan,ramai sangat remaja sekarang ni terlalu mudah untuk jatuh cinta.
Jatuh cinta pada usia muda.
Yang kadang2 tu sangat  muda.
Tapi ye lah kan.
Perasaan ni satu fitrah,
Tak boleh nak salahkan sesiapa kalau dah berkaitan dengan perasaan ni kann.
Sebab semua orang akan merasai sendiri benda ni.

Remaja tak boleh lari dari benda ni semua.
Tapi bergantung kepada remaja itu sendiri on how they urus this thing.
*cakap inggeris baq hangg*

Cinta remaja,kekal atau sementara?
Mengikut kajian dan pemerhatian,
tak sampai 5% pasangan yang bercinta di bangku persekolahan 
yang akan kekal dan berakhir sebagai suami isteri.

How to urus benda macam ni?
How to make sure that your relationship will last long?
Its all depends on your way of handling your nafsu.

haa?
nafsu? 
nafsu apakah ini??

Nafsu yang dimaksudkan Florist tu,
bukan nafsu serakah nakaroommm.
takk..bukan nafsu tu.
Yang Florist maksudkan.
Pengawalan keinginan.
Pengawalan emosi.
Pengawalan kehendak.


Keinginan
-Kawal keinginan-
Florist tahu apa yang korang rasa time couple.
Sebab Florist pun pernah muda macam korang.
And experience is the best teacher.
That is why Florist cakap macam tu.
Kena kawal keinginan korang.
Keinginan untuk berjumpa.
Keinginan untuk bermesra.
Keinginan untuk bersama.
Keinginan untuk itu.
Keinginan untuk ini.
Keinginan untuk macam2lah.

Kenapa perlu kawal keinginan?

 Sebab manusia adalah manusia. 
Bukan robot yang boleh dikawal sesuka hati.
Okei.
Cuba fikir sekejap.
Jika situasinya macam ni.

Korang nak jumpa sangat2 denga bf/gf korang,
Sedangkan jarak korang sangat jauh.
contohnya macam Perlis dengan Johor.
Jauh kan?
But you keep on pushing him/her.
Korang cakap :

"Arhhh,.titeww tark kire. Titeww nuck jumpeww jugark ngan biy ahad ni"

Nahh..
Sebab sayang,partner korang yang duk jauh tu pun sanggup la datang ke tempat korang..
(walaupun sorang duk utara,sorang duk selatan)
Pengorbanan cinta la kononya.
Tapi apa hasil?
Dapat lepas rindu?
But for how long?
Jumpa kejap je kan..lepas tu blah.
Berbaloikah?
i guess not..

Korang akan menyesal satu hari nanti dengan perbuatan korang ni.
Don't be too manipulative.
Manusia perlukan ruang.
Jangan memaksa.
Jika ikut keinginan macam ni,kekal ke hubungan ni?

"Alahh,.sukati aku la. Dah aku sayang dia. Lagipun dia tu awek aku. Susahkan kau ke?"

err..okei.
awek je pun. bukan bini lagi kan..
lagipun ehem2 kau tu crush aku.



Emosi
-Kawal emosi anda-

Kenapa perlu kawal emosi?
Apa kaitan dengan hubungan ni?

Banyak kaitannya emosi dan cinta ni..

Okei.
Emosi.
Kalau korang ni jenis emo.
Berfikiran singkat.
Suka bertindak melulu.
Suka buat keputusan tanpa berfikir panjang.
Agak2 apa yang akan jadi dengan perhubungan korang?
Kekal ke sementara?

"Hmm,.kalau you taknak datang jumpa i Sabtu ni,kita clash."

Nampak tak contohnya?
Taknak jumpa,terus clash.
Permainan apa ni?

Love is about loyalty,respect,and patience.
Bukan hanya nak lengkapkan ruang kosong dalam hati.
Bukan sekadar nak isi kesunyian dalam hati.
Bukan sekadar nak menunjuk2 yang korang ada partner.
Bukan.Bukan.Bukan.

Biasanya orang yang takleh kawal emosi 
dan suka buat keputusan membabi buta gini,
hubungan cintanya tak tahan lama.
Mungkin tak sampai setahun.
Paling lama mungkin 4-6 bulan.

Kawal emosi tu.
Jangan buat keputusan melulu.
Orang muda,remaja..
biasanya selalu buat keputusan melulu.
Rugi diri sendiri,rugi orang lain.
Lepas tu mula la menyesal.
Cakap takleh move on la ape la..

C'mon teenagers.
Biar matang dalam berfikir,
Walaupun perbuatan korang tak berapa nak matang.
Yang penting,pemikiran korang tu.

Agak2,
yang jenis suka push partner ni,
yang suka paksa partner buat itu ini,
untuk memenuhi keinginan sendiri ni..
Kekal ke tidak perhubungannya?
Florist rasa tak..

"Hey,aku buat semua ni sebab aku sayang dia. Aku nak uji dia sejauh mana cinta dia terhadap aku."

hmm..
nak uji pun agak2 la..
jangan sampai menyusahkan orang,.
kang nanti kau yang kena tinggal.
Baru la padan muka menyesal..


Kehendak
-Kawal kehendak-

Kehendak manusia memang tidak terbatas.
Sebab tu kena kawal kehendak tu.
Kehendak ni macam2 ada.

Jangan sebab nak memenuhi kehendak,
semua benda lain diketepikan.
Utamakan yang penting dahulu.
Apa yang penting bagi remaja?

PELAJARAN.

Ya.
Pelajaran tu yang penting.
Florist ingat lagi kata2 sorang senior Florist.
Nama dia Fadhlinsakina.
Cantik kan nama dia? =)
Dia cakap kat Florist

"Belajar rajin. Bila ilmu dah banyak. Bila dah cemerlang. Orang yang cari Florist,bukan Florist yang cari orang."

Faham tak?
Kalau nak ikutkan kehendak.,
memang tak akan habis.
memang tak akan lengkap.

So,Florist nak tanya lagi..
Orang yang terlalu mengikut kehendak/nafsu sendiri tanpa memikirkan orang lain ni,
akan kekal atau tidak hubungan cintanya?

"I nak jumpa you sangat2.Kalau tak dapat jumpa Ahad ni..kita putus. I terseksa tau!"

hamboih..lawa kan permintaan dia? -_-

"Demi you,i sanggup dari fly dari Kelantan ke Melaka."


bangang tak berapa stabil kan mental sang partner?
Isnin kelas kot..
Untuk awek..dia sanggup ponteng..
Err..kekal ke tak eh kalau macam ni?


Hmm..
orang muda.
pemikiran sangat singkat.
tak memikirkan masa depan.
Hanya tahu memikirkan keseronokan sementara..

Florist rasa setakat ni la dulu.
Ngantok.
So,
Yang ada couple tu,
fikir2kan lah apa yang terbaik untuk korang..
Kalau rasa nak kekal sampai bila2..
Tolong berfikiran jauh.
Kalau korang sayangkan hubungan korang.
Tolong jangan buat keputusan yang menyusahkan partner korang.
Be rasional.

So,cinta remaja..kekal atau sementara? 


Thats all from me.
Babai!



::Remaja,perjalananmu masih jauh berliku::
::Remaja,jangan rosakkan masa depanmu hanya kerana seorang manusia::
::Remaja,berfikiran pendek hanya akan membinasakan diri::

::Ya,cinta itu indah::
::Cinta itu membahagiakan::
::Tapi sampai bila?::

Remaja,jangan biarkan dirimu satu hari nanti mengungkapkan kata2 ini:
"Aku tak patut buat macam tu dulu.."

-Belajar dari kesilapan-
-Corakkan kehidupanmu dengan pengalaman-
-Kerana hidup itu satu lukisan tanpa pemadam-
-Fikir dahulu sebelum melakukan apa2 tindakan-




Monday, September 30, 2013

"Berikan Aku Peluang"

Berikan aku peluang,
Untuk berbicara denganmu,
Untuk memahami hatimu,
Untuk menyelami perasaanmu.

Berikan aku peluang,
Untuk menatap matamu,
Untuk melihat ke dalam hatimu,
Untuk mendekati jiwamu.

Berikan aku peluang,
Untuk membuatmu tersenyum,
Untuk menceriakan hari-harimu,
Untuk menyinari kehidupanmu.

Berikan aku peluang,
Untuk meluahkan rasa cintaku,
Untuk meluahkan rasa sayangku,
Untuk meluahkan rasa rinduku.

Saban hari ku berdoa,
Agar dikau membuka pintu hatimu,
Untuk menerima kehadiran diriku.

Kelak nanti.
Akan ku berikan padamu,
Kasih yang tiada taranya,
Sayang yang tiada penghujungnya,
Cinta yang tiada noktahnya,
Hanya untuk dirimu.


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia,
30 September 2013
_______________________________________________

Nukilan ini juga ditujukan kepada insan yang ku gelar Tulip.

Friday, September 27, 2013

Hilangnya Permata

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Petang

Semalam,
26 September 2013,
Satu peristiwa telah berlaku di negara kita.
Peristiwa yang menyebabkan mata Florist banjir hampir sepanjang hari.
Rasanya korang pun tahu kan?

Ya.
Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah telah kembali ke rahmatullah
tepat jam 11.10 pagi itu.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Alor Setar.
Malam sebelum itu,beliau collapsed and koma.
Beliau sebelum ini menghidap penyakit kencing manis.
Dan keadaan beliau semakin pulih sebelum kembali menjadi makin teruk.

Ustaz Azizan seorang Ustaz yang agak tinggi ilmu agamanya.
Dan itu memang diakui.
Beliau yang pernah berganding dengan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu memang cukup dikenali ramai.
Walaupun ada yang mempertikaikan kaedah pentadbirannya,
tetapi dia lakukan semua itu kerana agama.
Hanya orang yang benar-benar mengerti akan faham apa yang dia perjuangkan.

Berehatkah wahai Murabbi.
Rehatlah dengan tenang di sana.
Kami di sini akan menyambung legasi perjuanganmu.
Teringat kata-katamu suatu ketika dahulu
yang lebih kurang begini ;

"Tiada Rehat,Tiada Persaraan Dalam Perjuangan Menegakkan Agama."

(Serba ringkas mengenai Allahyarham)

(Awan yang membentuk kalimah Allah kelihatan di dada langit ketika jenazah dibawa)

 (Jenazah selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang itu)

 (Jenazah Ust Azizan disembahyangkan di Masjid Markas PAS Kawasan Pokok Sena 
selepas solat Fardhu Asar)
 (Biarkan gambar berbicara)

(Sheikh Mahmud Siyam,bekas imam Masjidil Aqsa mencium arwah Ustaz Azizan)

 (Belasungkawa)




..moga rohnya dicucuri rahmat..
..perjuanganmu tidak akan terhenti..
..kami generasi muda akan menyambung perjuanganmu..
..berehatlah wahai Ustaz..
..al-Fatihah..



Tuesday, September 24, 2013

Dedikasi untuk "Tulip"

Nukilan ini didedikasikan kepada seseorang yang ku gelar "Tulip"



Untungnya dirimu,
Memiliki aku yang menyayangimu,
Merinduimu siang dan malamku,
Mengenangkanmu di setiap hariku.

Untungnya dirimu,
Memiliki aku yang mencintaimu,
Mengasihimu di setiap detik waktu,
Memujamu di setiap hembusan nafasku.

Ruginya dirimu,
Kerana tidak menyedari perasaan ini,
Kerana tidak menghargai kasih ini,
Kerana tidak mempedulikan cinta ini.

Namun begitu,
Engkau masih ku cinta,
Engkau masih ku sayang,
Engkau masih ku rindu.

Tidak pernah ku sesali,
Hari-hari ku mencintaimu,
Dan aku masih di sini,
Menunggu balasan cinta darimu.



Kolej 14,
Universiti Putra Malaysia.
15 September 2013.
_______________________________________________

Didedikasikan kepadamu Tulip.
Nukilan ini masih lagi tidak bertajuk.
Dan sangat berbesar hati sekiranya ada yang sudi memberikan cadangan untuk tajuk nukilan ini.
Tambah berbesar hati sekiranya Tulip sendiri yang memberikan nama untuk nukilan ini.

Sekian untuk kali ini.

Monday, September 23, 2013

Move On,Easier To Say Than Done?

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Malam

Dah lama Florist tak menulis kat sini kan?
Rindu kat titeww takkk? hewhewhew

Eheh,
tergedik.
Sorry.

Okay,
Macam mana pembaca semua?
Sihat?
Ada yang sakit tak?
Kalau ada,
jangan malu jangan segan,
Sila berjumpa dengan doktor anda.
Semoga dapat membantu menyembuhkan penyakit anda. =)

Semua penyakit ada ubatnya,kecuali mati.
Kan? 
Tapi dalam banyak2 jenis penyakit ni,
ada satu penyakit yang agak unik,misteri,aneh,blablablablabla dan ganjil.
Penyakit ni biasanya menyerang golongan2 remaja
dan jarang sekali menyerang kanak2 mahupun warga pertengahan umur,apatah lagi warga emas.
Penyakit apakah itu?

Penyakit ini tiada nama sebenarnya.
Tapi Florist namakan,
Penyakit Cinta Jiwa Remaja.

Haa..
pelik kan nama penyakit ni?
Nama penyakit pun dah pelik.
Apatah lagi yang terkena penyakit ni.
Mesti la lagi pelik.
Kan?

Okay.
Mostly remaja ni ada satu persamaan dalam diri mereka.
Dalam hati mereka.
Dalam jiwa mereka.
Dalam sanubari mereka.
Satu perasaan dalam diri.
Perasaan yang inginkan kasih sayang.
Perasaan yang inginkan diri disayangi oleh orang yang berlainan jantina.
Itulah yang dinamakan perasaan cinta.

Cinta remaja.
Ada pasang surutnya.
Tak ramai cinta remaja yang berkekalan.
Lebih2 lagi yang bermula di bangku persekolahan.
Tidak dinafikan bahawa ada sahaja yang berjaya mengekalkan perhubungan sehingga 
ke jinjang pelamin.
Tapi berapa ramai yang sampai ke tahap itu?
Berapa peratus antara mereka yang berjaya survive ranjau onak duri cinta gelora cinta remaja?

So,
yang ingin Florist tekankan disini..
SUSAH SANGAT KE NAK MOVE ON?

Haa..
Clash.
Move on.
Easier to say than done huh?

Kepada yang tengah heartbroken sekarang..
Coba anda semua fikirkan.
Kenapa korang clash?
Adakah sebab korang yang inginkan?
Atau bekas pasangan anda yang inginkan ianya terjadi begitu?


ANDA YANG INGINKAN

- So,anda yang inginkan semua ni terjadi. Kenapa anda masih lagi sukakan dia? Masih lagi sayangkan dia?
Bukankah anda yang buang dia?
Bukankah anda yang meludah dia?
Bukankankah dengan yakinnya anda berkata
"aahh,.kalau setakat muka macam kau ni,berlambak aku boleh dapat tahu? Aku yakin aku akan dapat yang lagi bagus dari kau."

-Kenapa anda masih mahukan dia?
Anda menyesal sebab buat tindakan tidak menggunakan akal yang betul?

-Kenapa anda masih sayangkan dia?
Adakah kerana anda tidak menemui pasangan lain yang lagi mantap dari ex anda?

-Kenapa anda masih sukakan dia?
Adakah anda terasa sunyi?
Atau anda terasa tak best?
Atau orang yang anda suka tidak membalas perasaan anda lalu anda terasa ingin return kepada ex anda?


Ehhhh
Pleasee..
C'mon la..
Korang tak malu ke nak jilat balik ludah korang tu?
Korang tak segan ke nak kutip balik sampah yang korang buang tu?

Kenapa jadi begitu?
Sebab SAYANG?
I dont think so.
Its more like korang MENYESAL.
kan?kan?kan?
tapi ingat..
There is always something in this world called DIGNITY.
~tapi kalau dah sayang sangat sangat sangat..nak wat camna kannn~




EX KORANG YANG INGINKAN

-So,why you guys want to return to someone yang dah jatuhkan maruah korang?
yang dah jatuhkan maruah korang kaw-kaw punya.
Mungkin kalau korang clash dengan cara baik,
it is okay to return.
But,
Kalau dah clash dengan cara gaduh-gaduh.
Maki sana.
Hina sini.
Kutuk sana.
Kritik sini.
Blablablablabla

Korang nak return?
Sebab sayang?

"Aku sayang dia. Aku nak dia.Aku tak kisah kalau dia nak kata apa2 pun sal aku. Yang penting,aku cintakan dia dan kami ingin hidup bersama."

err..
Don't you guys think this is such a...err...err..desperate?
Maaf,ini bukan slot Akasia mahupun Sinetron ye.

C'mon guys.
Korang muda lagi kot.
Bukak mata korang.
Luaskan pandangan korang. 
Ramai lagi orang yang akan korang jumpa lepas ni.
Trust me.
You deserve better.

In my opinion,
Just move on la.
Ex korang dah buat korang macam sampah.
Nak lagi?
Maruah mana maruah?

_____________________________________

Memory?
Yes.
Memory.
Semua ada memori.
Ada yang manis.
Ada yang masam.
Pahit. Kelat. Masin.

Tapi sampai bila nak terbelenggu dengan memori tu?
Memori is just memori.
Memori itu satu sejarah.
Dan umum mengatahui yang sejarah mengajar kita semua erti kehidupan.
Belajar melalui kesilapan.
Learn from mistake.
Jangan ulang lagi kesilapan yang sama.
Jangan masuk ke dalam lubang yang sama dua kali.
Simpan memori korang bersama-sama tu dalam kotak ingatan korang.

Oh ya.
Jangan hanya simpan yang positif,
yang negatif juga dikira sebagai memori.
Dan yang negatif itu boleh dijadikan pengajaran,
Manakala yang positif itu boleh dijadikan contoh untuk masa depan.

Just move on.
There is no use crying over a spilled milk.
Let bygone be bygone.
Yang lalu tu biarlah berlalu.
Buka mukasurat baru dalam kehidupan.
Korang muda lagi.
Mental korang mesti kena kuat.

Just move on.
Ada yang menyayangi anda di luar sana,
Di sekeliling korang yang korang tak nampak.
Yang mungkin lagi mantap dari ex anda.
Yang anda tidak kenal dalaman dia yang macam mana.
Jangan tertipu dengan rupa luaran.
Kenali dulu hati budi sebelum ke peringkat yang lagi jauh.
kenapa?
Sebab pisang takkan berbuah dua kali...


Jangan kerana sayang,
Korang kembali ke gelora fantasi dulu.
Jangan kerana sayang,
Kebahagiaan di depan dilepaskan,
Kebahagiaan palsu digapai lagi.


My friend told me that
"Love is always like a gamble,it is either you roll the dice or you lose your turn."
And yeah,
gambling need strategy,so do love.


Itu saja kot untuk kali ni,
Jumpa lagi lain kali.
Tu pun kalau Florist tak sibuk.
Hehehe

Thanks sebab sudi baca yang Florist mengarut ni.
Good night,
Sweet Dream. <3














p/s 1: do think twice.
p/s 2 : Ramai lagi manusia di luar sana. Just move on.
p/s 3 : Love story kat Uni biasanya lagi berkekalan berbanding love story kat Sekolah
p/s 4 : jangan ikutkan hati sangat
p/s 5 : return kepada ex korang,perasaannya takkan sama tau.
p/s 6 : berapa banyak p/s daaaa


Monday, August 12, 2013

Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum
Hai 
Hello
Selamat Malam.
Hari ni dah 5 Syawal.
Dan rasanya masih belum terlambat untuk Florist ucapkan

SELAMAT HARI RAYA !!

So,amacam raya?
Okei tak?
Best?
Duit raya macam mana?
Dah berapa korang rembat?
Florist dapat tak banyak pun,.
biasa lah,.
faktor usia
i'm too young to felt this old

Tapi jika ditanya Florist,
duit raya tu adalah untuk mana2 belia yang masih belum bekerja
So,agak tidak adil la kalau belia2 20-an macam Florist ni dikecualikan daripada tersenarai untuk tidak layak mendapat duit raya. 
Ini..rasis. (T__T)


#Duit Raya Hak Kami#



























Okei,
enough with that duit raya issue.
Lately Florist agak busy dengan macam2 kerja.
Kena buat itu,.kena buat ini.,
persiapan raya.,persiapan rumah terbuka.,persiapan perkahwinan
blablablablabla
so that is why blog ni agak lambat untuk diupdate.
Mintak maaf sangat2.
Rasanya dalam 2 3 minggu lagi.,
bukan setakat tak sempat nak update blog.,nak online pun tak sempat rasanya. 
Do miss me my lovely readers. (T__T)

Mengenai Ceritera yang Florist tulis tu,.
alhamdullilah ada reaksi positif dari pembaca.
tak kurang juga reaksi negatif.
Biasa la tu.
I take it as nasihat.
Florist akan cuba baiki lagi cara penulisan Florist.
Thanks sebab korang sudi bazirkan masa untuk baca cerita yang entah pape tu. heee
Nantikan sambungan yang akan datang ye.

Pic raya?
Err..Florist sebenarnya tak suka bergambar.
Tapi suka amik gambar.
Nak dijadikan cerita,.
Rumah terbuka tempoh hari,
Florist sangat sangat sangat sibuk sampaikan tak sempat nak snap pic. (T__T)
Maaf tak dapat nak kongsikan kat sini..


Hmm,.
i guess,.setakat tu je la dulu kot.
Haa,.pukul 11 malam ni dijangka ada Meteor Shower.
Korang tau tak Meteor Shower tu ape?
Aaa? Meteor Mandi?
Ponn bolehh.
Ye macam hujan meteor la.
Tapi jangan bimbang,
Tak perlu sediakan payung.
Hehe

Dah3.
Jom pergi tengok kat langit malam sana.
Saksikan sendiri macam mana meteor shower tu.
Bukan selalu dapat peluang macam ni.
Kbye.

Sunday, August 4, 2013

Ceritera 3 : Empat Sekawan

          Separuh hari di sekolah sudah berlalu. Pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah. Ada yang ke koperasi,ada yang ke perpustakaan untuk cari bahan rujukan,ada yang masih berada di dalam kelas untuk menyiapkan kerja yang diberi,tak kurang juga ada yang sekadar berjalan-jalan mengambil angin di sekitar kawasan sekolah. Tapi empat sekawan itu hanya sekadar melepaskan masa rehat mereka di balkoni. Jarang sekali untuk melihat mereka berempat berada di kantin. Biasanya di balkoni itulah mereka berempat berada tiap kali waktu rehat. Boi,Kiko,Achai,Lee. Empat sekawan yang sentiasa bersama tak kira kemana mereka pergi. Walaupun berada di dalam kelas yang berbeza,itu tidak menghalang mereka untuk menjadi rakan karib. Boi dan Lee berada di kelas 5 Sains 1 manakala Achai dan Kiko berada di kelas 5 Sains 2. Kelas mereka berada di blok yang berbeza. Walaupun begitu,blok mereka disambungkan dengan laluan dan balkoni di kawasan itu lah menjadi port mereka untuk melepaskan masa rehat mereka. Tempat itu juga berhampiran dengan tangga dan tidak jauh dengan koperasi.

             "Achai,kau kelas apa lepas ni?" tanya Lee memecahkan sunyi. Dua pasang mata tertumpu ke arah Achai. Sepasang mata lagi masih melekat di kertas putih yang dibawanya bersama dari kelas tadi. Empunya mata mengetuk2 dahinya perlahan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
              "Hmm,aku pun tak ingat la,rasanya macam kelas Sejarah." Achai menjawab dengan mulut yang dipenuhi roti. Hanya itu yang menjadi makanan mereka setiap kali waktu rehat. Roti yang berharga RM0.80 itu senang didapati di koperasi sekolah. Lee dan Boi sekadar mengangguk mendengar jawapan dari Achai itu. Pandangan mereka kembali menala ke arah koperasi yang semakin dipenuhi oleh pelajar2 itu. Kiko masih lagi menulis sesuatu di atas kertas putih itu
              "Kau buat homework ke tu?" tanya Lee tiba2 sambil menjenguk untuk melihat apa yang sedang ditulis oleh Kiko. Begitu hampir muka Lee dengan Kiko. Nasib baik dia tak menjerit terkejut.
"Oit,jauh sikit muka kau. Geli la." balas Kiko spontan. Boi dan Achai ketawa pecah melihat gelagat Lee dan Kiko. "Dah tu aku tengok kau ni fokus semacam je tulis benda tu. Aku nak tahu la jugak kau tulis apa." Ujar Lee selamba.
               "Takde la. Aku tulis benda ni haa" balas Kiko sambil mengangkat kertas putih itu untuk ditunjukkan kepada Lee,Achai dan Boi. "Wow,Sajak tu.." ujar mereka bertiga serentak. Masing2 memandang sesama sendiri. Ketawa pecah lagi.
               
                 "Sajak untuk Najwa ke ni bro?" Boi mengusik. Lee dan Achai hanya tersenyum. Sebaliknya Kiko tidak memberi apa2 respon. Dia melipat kertas putih itu dan dimasukkan ke dalam saku bajunya. Pen masih lagi ditangan,diputar2kan. Kiko berdiri dan membetulkan leher yang dirasakan lenguh.
"Buat sajak untuk Najwa ? Takda faedahnya,bukannya dia reti baca sajak pun." Jawab Kiko sambil menggosok2 matanya . "Dah. Jom gerak geng. Dah nak masuk kelas ni. Jumpa korang balik nanti." Sambungnya lagi. "Jumpa kat tempat biasa balik nanti." balas Boi.
                 Achai dan Kiko bergerak ke kelas 5 Sains 2 manakala Boi dan Lee berjalan ke arah bertentangan untuk ke kelas 5 sains 1.


**************************************************************************

                   "Adoyai,teruk aku kena bebel dengan Cikgu Adi tadi. Nasib baik tak cair taik telinga aku." rungut Achai sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Kiko senyum sambil mengemaskan buku2 untuk dibawa pulang. "Confirm ke tak cair bro?" Kiko bersuara tanpa memandang ke arah Achai. " Aku tengok macam ada cecair je keluar kat telinga kau tu." sambungnya lagi. Achai membulatkan mata selepas mendengar kata2 Kiko itu. "Biar betul kau ni?" jawabnya spontan sambil tangannya meraba-raba telinganya untuk memastikan kesahihan kata2 Kiko.
                    Kiko yang melihat gelagat Achai itu perlahan-lahan menuju ke arah pintu belakang tanpa disedari Achai. "Oi,mana ada cecair!" Achai berkata spontan selepas dia menyedari dia dipermainkan Kiko. Dia memandang ke kiri dan kanan mencari Kiko yang sudah hilang dari pandangan. Dia sedar Kiko dah lari meninggalkannya selepas mempermainkannya.

                    Tanpa berlengah,Achai yang sudah siap mengemas buku2 segera mengejar Kiko dari belakang. Nasibnya baik kerana Kiko masih belum jauh dari situ. Perlahan dia mendekati Kiko dari belakang. Lagak Achai dah macam harimau sedang mengintai mangsanya. Achai menunggu masa yang sesuai untuk menerkam Kiko dari belakang. Sedang dia asyik mengekori Kiko,tiba-tiba, "Aduh !!" jerit Achai. Kakinya tersadung kedalam longkang. Kiko yang terperanjat mendengar jeritan itu lantas berpaling dan dia melihat Achai tertiarap dengan sebelah kakinya di dalam longkang.
                    "Yang kau tidur kat sini kenapa?" sarkastik Kiko bertanya walaupun dia sudah tahu kenapa. Dia menghulurkan tangan untuk mengangkat Achai dari 'tidur'nya. Tangan dicapai dan Achai berdiri sambil membetulkan baju dan membersihkan seluarnya dari debu. "Dah,jom pergi kat tempat biasa. Dorang dah tunggu tu." sambungnya lagi. Achai buat muka. Kiko hanya tergelak kecil apabila teringat wajah Achai ketika dia sedang 'tidur' tadi. "Gelak la lagi. Aku bagi lutut nak?" Achai bersuara.
Walaupun kata2nya itu berupa ancaman,gelak Kiko masih tak berhenti,malah makin kuat.

                   "Tu dorang dah sampai dah." ujar Lee rendah. Dia dan Boi sedang minum air kelapa di Warung Maksu. Warung yang cukup popular dalam kalangan pelajar sekolah itu. Achai dan Kiko berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Cuaca yang panas terik petang itu membuatkan mereka hanya memikirkan air yang sejuk dan menyamankan yang boleh mereka dapatkan di Warung Maksu itu.

                   "Adoi,tali kasut ni dah terbuka la. Chai,kau pergi dulu la,aku nak ikat tali kasut ni kejap." ujar Kiko selepas menyedari bahawa tali kasutnya terungkai. Achai hanya mengangguk sambil berlalu pergi. Kiko tunduk membetulkan tali kasutnya yang sudah terungkai itu. Achai semakin jauh berlalu pergi. Ketika Kiko sedang membetulkan tali kasutnya,deria baunya menangkap satu haruman yang dirasakan pernah dihidunya tidak lama dulu. Haruman itu seolah2 melepasi dirinya yang sedang berseorangan di bawah terik mentari petang itu. Kepala diangkat dari tali kasut untuk mencari sumber dari mana datangnya haruman itu. Di sekelilingnya tiada apa2 melainkan rumah2 dan pokok2.
Kiko menoleh ke belakang dan didapati hanya ada dua orang pelajar perempuan sedang berlalu pergi ke arah yang bertentangan dengan Warung Maksu.
                    "Kiko !! Kau buat apa lagi tu? Cepat la weh !!" laungan Achai mematikan hasrat Kiko untuk mengekori dua orang pelajar tadi.

 ***********************************************************************

                     "Nak buat ape eh petang ni?" tanya Lee. Tiga pasang mata lagi tidak segera menjawab,hanya memandang ke gelas minuman masing2.
                      "Lepak atas pondok kat tengah sawah."
                      "Tenangkan fikiran."
                      "Hmm..lepak atas pondok kat tengah sawah sambil tenangkan fikiran."
Tiga cadangan dari tiga kepala. Atau mungkin dua. Kiko hanya tersenyum apabila kawannya memaku pandangan kearahnya sebaik sahaja dia menyambung cadangan dari Achai dan Boi. "Apa? Tu kan cadangan jugak." ujarnya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

                    Petang itu,seperti yang dirancangkan,mereka berempat menghabiskan masa di pondok yang terletak di tengah2 sawah padi itu. Masing2 membuat hal sendiri sambil menikmati udara nyaman petang itu. Sesuatu yang tidak dapat dinikmati di kawasan bandar. Boi menghafal fakta2 sejarah melalui nota kecil yang dibawanya. Achai dan Lee sedang membetulkan tali gitar. Kiko pula sedang berbaring sambil menekan2 telefon bimbitnya. Fikirannya mengimbas ke belakang. Peristiwa di sekolah pada waktu akhir tadi.

                   "Nak kemana ni? Selekeh je nampak." Satu suara menegur Kiko dari belakang. Suara yang cukup Kiko kenal. Kiko berpaling malas. "Nak ke tandas pun perlu kemas ke? " dia menjawab malas. " Malu la dengan awak ni. Tak pernah nak bergaya. Pakai pun macam selekeh." Najwa berkata lagi. Entah kenapa Najwa begitu suka mengkritik apa2 sahaja yang ada pada Kiko.
"Okay,tell me,apa yang tak kena dengan penampilan saya kali ni." balas Kiko sambil mendepangkan tangannya. Najwa memandang dari atas ke bawah. " Hmm,.tali pinggang ni boleh tak cari yang lain tak? Jam ni jenama apa ni? Macam tak berapa nak tahan je. Mudah rosak ni." ujar Najwa persis seorang pengkritik fesyen. Kiko hanya melepaskan satu keluhan lemah. Anak orang kaya taste dia memang tinggi. Segalanya nak berjenama. Berbeza dengan Kiko yang hanya inginkan sesuatu yang selesa dipakai tanpa mengira jenama apa sekalipun.
                   "Frankly speaking,saya malu kalau nak jalan dengan awak kalau awak tak ubah penampilan awak ni." sambung Najwa lagi. Riak muka Kiko tidak berubah. "Apa2 je lah" Ujar Kiko sambil berlalu pergi meninggalkan Najwa.

                     Dia kecewa dengan sikap Najwa yang seakan-akan meterialistik itu. Semuanya dipandang pada jenama. Pada harga. Pada gaya. Pada rupa. Bukan pada hati. "Najwa,selagi aku boleh sabar,.aku sabar. Kalau tak.." bisiknya sendiri. Setelah menarik nafas panjang,Kiko bangun dari baringnya. Dia memandang ke arah Achai dan Lee.
                      " Jom. Satu lagu." ujar Kiko sambil tersenyum. Menyembunyikan kekecewaan hatinya.
"Patah Seribu." sambungnya lagi sambil membetulkan lipat silanya. Achai dan Lee memandang antara satu sama lain seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Boi yang begitu khusyuk menghafal fakta2 sejarah mengalihkan pandangan kearah Kiko. Suasana sepi. 
                      "Bro,tu lagu Shila Amzah. Perempuan." Lee bersuara. Achai dan Boi mengangguk mengiakan kata2 Lee. Kiko mengangkat kening. "So? Alaa..bukannya selalu pun. Best la lagu ni." balasnya.

                      "Okay,ready." Kiko membetulkan lipat silanya. Achai dan Lee menyandar di dinding pondok. Bersedia untuk menikmati lagu yang akan dimainkan oleh Kiko. Boi menyambung kembali bacaannya. Gitar dipegang  dalam keadaan yang selesa. Jari dibiarkan menari bersama tali gitar. Kiko memejamkan mata sambil menghayati lagu yang dinyanyikannya itu. Achai dan Lee hanya tersenyum tanda puas mendengar lagu yang dibawakan Kiko. Secara tiba2,fikiran Kiko melayang kepada memori di tepi pantai pada malam itu. Satu perkenalan yang tidak dirancang. Dia meneruskan nyanyian sehingga tamat. Matanya dibuka. Pandangan ditala kepada sawah padi yang terbentang luas dengan senyuman terukir di bibirnya.



                                        
                                          ************~~~~~~~~~~************

Tuesday, July 30, 2013

Ceritera 2 : Permulaan

          "Ainan,kau nak air apa ni? Abang ni dari tadi tunggu kau order." rungut Dila melihat Ainan yang masih lagi termenung di meja makan tersebut.
Petang itu selesai sahaja kelas Kimia,mereka berdua bergegas ke warung Mak Su di hadapan sekolah.
Dila mengidam air kelapa Mak Su katanya. Ainan sekadar mengikut sahabat baiknya itu.
           "Err..hmm..teh o ais?" balas Ainan spontan selepas dikejutkan dengan rungutan Dila.
  "Hmm.,teh o ais satu,air kelapa satu. Lagi?" tanya pelayan tersebut dengan senyuman segaris .
Dila dan Ainan menggeleng kepala mereka tanda tiada lagi yang ingin dipesan. Ainan kembali merenung buku Sejarah yang dibawanya tadi. Sekadar merenung kosong. Dila yang perasan akan kelakuan aneh Ainan itu mengerutkan keningnya. Hairan. Tidak pernah dilihatnya Ainan seperti itu.

            "Ainan? Hello? Kau okay tak ni? Apsal tenung buku tu kau macam nak makan beliau je? Kau lapar ea? Nak aku pesan makanan tak?" tanya Dila,laju. Ainan yang dari tadi merenung buku Sejarah tergelak mendengar soalan2 Dila yang dah macam machine gun itu. Senafas je dia tanya semua soalan tu,
            "Hahaha apa la kau ni Dila. Kenapa tanya macam tu?" tanya Ainan dengan ketawa yang masih bersisa. Dila tak menjawab. Sekadar diam. Dia memuncungkan mulut tanda merajuk. Orang dah tanya tu bukan nak jawab. Yang tiba2 renung buku tu heartlessly macam kena rasuk tu kenapa?
             "Alaa comel2. Ni pehal ni muncung2 ni. Dah2. Tak payah nak merajuk sangat. Tak kuasa aku nak pujuk" usik Ainan. Pipi Dila ditarik2 seolah2 Dila itu anak kecil.  Masing2 kemudiannya ketawa pecah. Ainan kemudiannya menyimpan buku Sejarah tersebut ke dalam begnya. Dikeluarkan pula buku yang lain.

            Pelayan tadi datang beberapa minit kemudian bersama air yang dipesan oleh mereka berdua. Air Kelapa Mak Su memang terkenal dalam kalangan pelajar di situ. "Finally,Air Kelapa MakSu dalam genggamanku." Ujar Dila dengan matanya yang bersinar2 teruja. Ainan tersenyum melihat gelagat kawannya itu. Dia meneruskan bacaannya sambil meminum air yang dipesannya perlahan2.
              "Nan,tell me,kenapa kau termenung je tadi ? Kau ada masalah dengan Sejarah ea?" tanya Dila tiba2. Ainan mengangkat mukanya dari buku Biology itu dan memandang Dila. Dia masih lagi diam membisu. "Hello,aku tanya ni..apsal kau jadi macam zombie ni? Takut la." ujar Dila mengusik.
              "Ish..ape pulak zombie. Takde la Dila,aku saje je nak termenung. Boleh kan?" ujar Ainan sambil tersengeh menunjukkan giginya yang tersusun rapi. Dila mengerutkan kening. Dia tahu Ainan menyembunyikan sesuatu.

              "Elehh..,ye la tu. Macam la aku tak kenal kau." Dila buat muka. Ainan sekadar menjulingkan mata ke atas.
               "Dah2. cepat2la habiskan air tu,dah lewat ni." gesa Ainan. "Nanti marah2 pulak mak aku kat rumah. Tak elok anak dara balik lewat." sambungnya lagi.


***************************************************************************

             Malam itu sebaik sahaja selesai makan malam bersama keluarga,Ainan bergegas naik ke bilik. Ingin menyelesaikan beberapa homework yang diberikan oleh gurunya siang tadi. Addmath. Subjek yang sering menghantuinya. Dan juga Sejarah yang sentiasa membebankan fikirannya.
"This two killer subjects gonna kill me soon. Need to do something about this." bisik Ainan sendiri. Tanpa berlengah,S3 di hujung meja dicapai. Dia cuba menghubungi Dila,sahabat baik semenjak zaman kanak2nya itu. Sabar menanti sementara talian disambung.
"Your account does not have a sufficient balance for calls to the dialed number. Please recharge your account first"
Suara dari corong telefon itu benar2 menyentap semangatnya. Alamak,habis kredit la pulak. Dia sendiri tidak sedar bila kreditnya habis. Samaada kredit kering atau tamat tempoh,dia tidak tahu. Realiti hidup single,kredit tidak diendahkan. Telefon diletakkan kembali ke tempat asal, dan dia segera memeriksa jadual untuk hari esok. Ainan menarik nafas lega. Esok tiada subjek Sejarah dan Addmath.

          Setelah berfikir sejenak,Ainan segera keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk ke bawah. Dicapainya gagang telefon yang terletak berhampiran dengan tangga,sekali lagi dia cuba menghubungi Dila. Belum sempat telefon berdering,Ainan meletakkan gagang. "Ish..Kalau difikirkan balik,mana boleh nak ajar Addmath guna telefon. Silly me." bisiknya sendiri. Ainan melangkah ke dapur. Dicapainya jus yang terletak di atas meja makan. Dia duduk dan termenung memikirkan sesuatu sambil meneguk perlahan jus yang dibeli oleh bapanya semalam. Aku rasa,its better kalau aku bincang dengan mak dan ayah.
     
           "Jauh termenung anak mak ni. Dah tembus dah meja tu" ujar ibunya dari belakang sambil menepuk bahu anaknya itu. Ainan tersentak dari lamunannya itu. Ibunya tersenyum sambil memandang anaknya,satu2nya bunga di dalam keluarga mereka. "Ni kenapa termenung ni? Ainan tengah fikir apa ni?" sambung ibunya lagi. Ainan sekadar tersenyum melihat ibunya itu.  "Takde apa la mak,saja je duduk minum2. Duduk la dulu mak." pelawa Ainan.
           "Mak,kebetulan mak tak tidur lagi ni,Ainan nak bincang something dengan mak ni." Ujar Ainan sebaik sahaja ibunya melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Ainan. Sambil menuangkan jus untuk ibunya.


***************************************************************************


          Ainan kembali ke bilik. Perbincangan dengan ibunya itu tadi sedikit sebanyak telah menyelesaikan masalahnya. Yeah. Mom is always the best. Dia mengukir senyum segaris. "So,its all about time now."
Bisiknya sendiri. Dia menapak ke arah katilnya,dicapai gitar kapok hadiah dari abangnya sempena hari jadinya yang ke 16 pada tahun lepas. Dia senyum sendiri mengingatkan saat gitar itu dihadiahkan kepadanya.

         "Ainan suka nyanyi kan? Tapi boleh ke Ainan main muzik?" tanya alongnya mengusik. "Kalau setakat nyanyi,semua orang boleh nyanyi. Tapi kalau nyanyi sambil main muzik,jarang2 orang boleh buat. Tau tak orang yang boleh nyanyi sambil main muzik ni tandaya orang tu ada otak yang cerdas? tahu?" sambung Along lagi. Ainan hanya sekadar mendengar sambil membetulkan lipat sila. Disuakan kek yang dipotong tadi ke mulut.
            "Jadi kenapa? Ainan pun boleh la main muzik..kot" jawabnya dengan mulut penuh. Along menggeleng kepala melihat kelakuan adiknya itu. 
            "Apa yang along nak cakap,kalau Ainan boleh main muzik sambil nyanyi,itu bermakna Ainan ada otak yang cerdas. Faham?" ujar Along lembut. Ainan sekadar mengangguk. "Nah,ambil ni. Hadiah. Mahal Along beli ni tau." sambung Along sambil menghulurkan sesuatu kepada Ainan. Hampir terlopong mulut Ainan melihat hadiah tersebut. Gitar! Dah lama dia mengidam nak ada gitar sendiri.
             "Sing a song!" Angah tiba2 bersuara sambil mengusap2 kepala adiknya itu.


          Ainan mengukir senyum nipis. Along dah selamat sampai ke Ireland. Study medic di sana. Jarinya mula bergerak mencari chord muzik. "Hmmm,. G D Em CD..haa..dah jumpa." ujarnya sendiri.
Dia membetulkan lipat sila,mencari kedudukan yang selesa sebelum mula bermain gitar. Kerja rumah yang belum diselesaikan tadi,dibiarkan begitu sahaja. Mungkin kerana subjek tersebut tiada esok dan dia masih buntu untuk mencari jalan penyelesaian kepada tugasan itu. Sekarang dia hanya mahu berehat. Menenangkan fikiran.
             "G..D..Em..C..G..D..Em..C..D..okay here we go." bisiknya lagi. Dia menarik nafas dan dia membiarkan jarinya menari bersama tali gitar. Lagu kegemarannya. She keeps on humming this song.

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku


           Hanya serangkap lagu Patah Seribu itu dinyanyikan. Dia tiba2 teringatkan sesuatu. Dia sendiri pun tidak pasti macam mana perkara itu boleh menjengah kedalam fikirannya. Dia senyum tanpa sedar. Sesi perkenalan di tepi pantai pada waktu malam yang tidak dirancang dan tidak diduga.Cool huh? Dia mengukir senyuman tanpa sedar. Muzik bagi lagu Patah Seribu itu dimainkan sampai habis. Lagu kegemarannya. Gitar disandarkan di dinding bilik. Dah bersedia nak tidur.
            "Esok balik awal. Boleh la bincang kejap dengan Dila. Lagi dua minggu,ada exam. Katanya nak susun balik kelas. Hishh,.susah la macam ni. Apasal la nak susun balik kelas. Kan dah okay macam sekarang ni." Ainan menggomel sendirian. Ni kalau mak tahu aku membebel macam ni sebelum tidur,free je kena marah. Baca al-Mulk la Ainan,bukan membebel. Kalau dah exam tu,buat la elok2 kalau taknak gagal. Tapi sejarah dan addmath,hmm,aku harap aku dah buat keputusan yang betul. Esok ada sesuatu yang perlu dilakukan. Masa untuk tidur Ainan.
 
             Bantal ditepuk-tepuk. Selimut ditarik. al-Mulk dibaca. Mata dipejam. Goodnight world.




************~~~~~~~~~~***********

Saturday, July 27, 2013

Pertama Kali

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat pagi(?)
atau mungkin selamat malam.
Masih ada yang belum tidur kah?
Buat ape tak tido lagi?
Dah lewat dah ni.
kang terbabas sahur satgi.
Kepada yang tak tidur lagi tu,
lepas baca entry ni,korang tido.
okei?

Entry kali ni,
Florist nak tulis pendek je
Taknak panjang sangat.
Dan kali ni,
ianya bertajuk Pertama Kali.

haa,
Apa yang pertama kali tu?
Drive Lamborghini?
Makan di restoran 5 bintang?
Hangout dengan artis?
Ada orang masuk meminang?
Crush senyum kat Florist buat pertama kali?
Ainan Tasneem cakap dia suka Florist?
Florist pergi Beijing?
Takk.
Salah.Salah.Salah
Semua tu bukan.

Yang sebenarnya,
tanggal 25 Julai lepas,
Buat pertama kalinya Florist jadi penceramah..
Yeah! Tahniah Tahniah!

Pembaca : Florist jadi penceramah eh?? Giler ah! Congrats !

Thanks korang. *terharu*

Haa
Korang tahu tak Florist bagi ceramah tentang apa?
eh? ceramah agama?
Bukan la.
Bukan ceramah agama.

Sebenarnya Florist jadi penceramah motivasi.
haha
Macam tak percaya pulak Florist boleh bagi ceramah.
Motivasi pulak tu.

Florist dijemput sebagai penceramah untuk program "Sharing is Caring"
di sekolah lama Florist.
Peserta ceramah tu student2 Form6.
All of them.
Total 120 students. i guess.

Alhamdullilah.
Penerimaan yang positif daripada pelajar2.
Nampak cahaya di mata mereka.
Cahaya yang dahagakan ilmu.
Satu perkembangan positif.

Sebenarnya masuk bulan ni dah 8bulan Florist tak pegang mikrofon.
Dulu time jadi AMPP selalu je pegang mikrofon.
Duk depan 1700 orang pelajar.
Jadi time bagi ceramah tu,
bila dapat pegang mikrofon,
rasa macam semangat.
My body was full with energy.
haa gituu
Cakap macam tak ingat dunia. 

Florist respect student2 tu semua sebab time Florist bagi speech,
takda sorang pun yang lentok.
Semua macam khusyuk je dengar. Catat apa yang patut.

Sebenarnya,sebab dah lama sangat tak pegang mikrofon,
i'm a little bit nervous.
Menggigil jugak tangan sebenarnya.
Tapi alang2 dah duk kat depan tu.
Takkan nak undur diri pulak.
So,
Just Bring It.




Sebenarnya Florist ada idola Florist yang tersendiri kalau bab bercakap ni.
Kebanyakannya gaya penyampaian Florist tu banyak Florist contohi dia.
Tapi Florist sesuaikan mengikut keadaan la.
Kalau nak ikut bagi sama macam idola Florist,memang tak sesuai lah.

I've got a lot of tips about how to attract people to hear your speech.
i've got all of this from my idol.
When i heard he talked,
it just made my day.
And i think that,
Why dont i contohi dia?
Tak salah kan?

So bila dah dapat peluang bercakap kat depan tu,
Memang dimanfaatkan secukupnya la 
walaupun kesuntukan masa =(

Harap lain kali dapat lagi peluang macam ni
Sebenarnya satu kepuasan bila dapat bantu orang lain.
Tambah2 lagi dalam bulan ni. Ramadhan ni.
Tu matlamat sebenar program ni.
Membantu pelajar di samping memanfaatkan kesempatan yang ada dalam bulan Ramadhan ni.

Terima kasih kepada kawan2 yang bagi kesempatan kepada Florist.
Syazwan,Amir,Ali.Marinah,Afiqah,
Best dapat kongsi mikrofon tu dengan korang.
Penyampaian saya masih lagi lemah.
InsyaAllah akan dibaiki dari semasa ke semasa.

Rasanya setakat tu dulu untuk entry kali ni.
Dah lewat ni.
Kang terbabas sahur pulak.
Korang pun,
dah2 la bersengkang matanya.
Tidur2.
Tak pun buat ibadat. =)

Okei la.
Babai~































oh?
sape idola Florist tu?

Nah Florist bagi gambar terus.
Korang jangan gelak.
Florist serius ni.


korang kenal kan?
Ke nak Florist kenalkan?
This is The Rock !

*i''m dead serious about this*