Monday, August 12, 2013

Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum
Hai 
Hello
Selamat Malam.
Hari ni dah 5 Syawal.
Dan rasanya masih belum terlambat untuk Florist ucapkan

SELAMAT HARI RAYA !!

So,amacam raya?
Okei tak?
Best?
Duit raya macam mana?
Dah berapa korang rembat?
Florist dapat tak banyak pun,.
biasa lah,.
faktor usia
i'm too young to felt this old

Tapi jika ditanya Florist,
duit raya tu adalah untuk mana2 belia yang masih belum bekerja
So,agak tidak adil la kalau belia2 20-an macam Florist ni dikecualikan daripada tersenarai untuk tidak layak mendapat duit raya. 
Ini..rasis. (T__T)


#Duit Raya Hak Kami#



























Okei,
enough with that duit raya issue.
Lately Florist agak busy dengan macam2 kerja.
Kena buat itu,.kena buat ini.,
persiapan raya.,persiapan rumah terbuka.,persiapan perkahwinan
blablablablabla
so that is why blog ni agak lambat untuk diupdate.
Mintak maaf sangat2.
Rasanya dalam 2 3 minggu lagi.,
bukan setakat tak sempat nak update blog.,nak online pun tak sempat rasanya. 
Do miss me my lovely readers. (T__T)

Mengenai Ceritera yang Florist tulis tu,.
alhamdullilah ada reaksi positif dari pembaca.
tak kurang juga reaksi negatif.
Biasa la tu.
I take it as nasihat.
Florist akan cuba baiki lagi cara penulisan Florist.
Thanks sebab korang sudi bazirkan masa untuk baca cerita yang entah pape tu. heee
Nantikan sambungan yang akan datang ye.

Pic raya?
Err..Florist sebenarnya tak suka bergambar.
Tapi suka amik gambar.
Nak dijadikan cerita,.
Rumah terbuka tempoh hari,
Florist sangat sangat sangat sibuk sampaikan tak sempat nak snap pic. (T__T)
Maaf tak dapat nak kongsikan kat sini..


Hmm,.
i guess,.setakat tu je la dulu kot.
Haa,.pukul 11 malam ni dijangka ada Meteor Shower.
Korang tau tak Meteor Shower tu ape?
Aaa? Meteor Mandi?
Ponn bolehh.
Ye macam hujan meteor la.
Tapi jangan bimbang,
Tak perlu sediakan payung.
Hehe

Dah3.
Jom pergi tengok kat langit malam sana.
Saksikan sendiri macam mana meteor shower tu.
Bukan selalu dapat peluang macam ni.
Kbye.

Sunday, August 4, 2013

Ceritera 3 : Empat Sekawan

          Separuh hari di sekolah sudah berlalu. Pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah. Ada yang ke koperasi,ada yang ke perpustakaan untuk cari bahan rujukan,ada yang masih berada di dalam kelas untuk menyiapkan kerja yang diberi,tak kurang juga ada yang sekadar berjalan-jalan mengambil angin di sekitar kawasan sekolah. Tapi empat sekawan itu hanya sekadar melepaskan masa rehat mereka di balkoni. Jarang sekali untuk melihat mereka berempat berada di kantin. Biasanya di balkoni itulah mereka berempat berada tiap kali waktu rehat. Boi,Kiko,Achai,Lee. Empat sekawan yang sentiasa bersama tak kira kemana mereka pergi. Walaupun berada di dalam kelas yang berbeza,itu tidak menghalang mereka untuk menjadi rakan karib. Boi dan Lee berada di kelas 5 Sains 1 manakala Achai dan Kiko berada di kelas 5 Sains 2. Kelas mereka berada di blok yang berbeza. Walaupun begitu,blok mereka disambungkan dengan laluan dan balkoni di kawasan itu lah menjadi port mereka untuk melepaskan masa rehat mereka. Tempat itu juga berhampiran dengan tangga dan tidak jauh dengan koperasi.

             "Achai,kau kelas apa lepas ni?" tanya Lee memecahkan sunyi. Dua pasang mata tertumpu ke arah Achai. Sepasang mata lagi masih melekat di kertas putih yang dibawanya bersama dari kelas tadi. Empunya mata mengetuk2 dahinya perlahan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
              "Hmm,aku pun tak ingat la,rasanya macam kelas Sejarah." Achai menjawab dengan mulut yang dipenuhi roti. Hanya itu yang menjadi makanan mereka setiap kali waktu rehat. Roti yang berharga RM0.80 itu senang didapati di koperasi sekolah. Lee dan Boi sekadar mengangguk mendengar jawapan dari Achai itu. Pandangan mereka kembali menala ke arah koperasi yang semakin dipenuhi oleh pelajar2 itu. Kiko masih lagi menulis sesuatu di atas kertas putih itu
              "Kau buat homework ke tu?" tanya Lee tiba2 sambil menjenguk untuk melihat apa yang sedang ditulis oleh Kiko. Begitu hampir muka Lee dengan Kiko. Nasib baik dia tak menjerit terkejut.
"Oit,jauh sikit muka kau. Geli la." balas Kiko spontan. Boi dan Achai ketawa pecah melihat gelagat Lee dan Kiko. "Dah tu aku tengok kau ni fokus semacam je tulis benda tu. Aku nak tahu la jugak kau tulis apa." Ujar Lee selamba.
               "Takde la. Aku tulis benda ni haa" balas Kiko sambil mengangkat kertas putih itu untuk ditunjukkan kepada Lee,Achai dan Boi. "Wow,Sajak tu.." ujar mereka bertiga serentak. Masing2 memandang sesama sendiri. Ketawa pecah lagi.
               
                 "Sajak untuk Najwa ke ni bro?" Boi mengusik. Lee dan Achai hanya tersenyum. Sebaliknya Kiko tidak memberi apa2 respon. Dia melipat kertas putih itu dan dimasukkan ke dalam saku bajunya. Pen masih lagi ditangan,diputar2kan. Kiko berdiri dan membetulkan leher yang dirasakan lenguh.
"Buat sajak untuk Najwa ? Takda faedahnya,bukannya dia reti baca sajak pun." Jawab Kiko sambil menggosok2 matanya . "Dah. Jom gerak geng. Dah nak masuk kelas ni. Jumpa korang balik nanti." Sambungnya lagi. "Jumpa kat tempat biasa balik nanti." balas Boi.
                 Achai dan Kiko bergerak ke kelas 5 Sains 2 manakala Boi dan Lee berjalan ke arah bertentangan untuk ke kelas 5 sains 1.


**************************************************************************

                   "Adoyai,teruk aku kena bebel dengan Cikgu Adi tadi. Nasib baik tak cair taik telinga aku." rungut Achai sebaik sahaja tamat sesi persekolahan. Kiko senyum sambil mengemaskan buku2 untuk dibawa pulang. "Confirm ke tak cair bro?" Kiko bersuara tanpa memandang ke arah Achai. " Aku tengok macam ada cecair je keluar kat telinga kau tu." sambungnya lagi. Achai membulatkan mata selepas mendengar kata2 Kiko itu. "Biar betul kau ni?" jawabnya spontan sambil tangannya meraba-raba telinganya untuk memastikan kesahihan kata2 Kiko.
                    Kiko yang melihat gelagat Achai itu perlahan-lahan menuju ke arah pintu belakang tanpa disedari Achai. "Oi,mana ada cecair!" Achai berkata spontan selepas dia menyedari dia dipermainkan Kiko. Dia memandang ke kiri dan kanan mencari Kiko yang sudah hilang dari pandangan. Dia sedar Kiko dah lari meninggalkannya selepas mempermainkannya.

                    Tanpa berlengah,Achai yang sudah siap mengemas buku2 segera mengejar Kiko dari belakang. Nasibnya baik kerana Kiko masih belum jauh dari situ. Perlahan dia mendekati Kiko dari belakang. Lagak Achai dah macam harimau sedang mengintai mangsanya. Achai menunggu masa yang sesuai untuk menerkam Kiko dari belakang. Sedang dia asyik mengekori Kiko,tiba-tiba, "Aduh !!" jerit Achai. Kakinya tersadung kedalam longkang. Kiko yang terperanjat mendengar jeritan itu lantas berpaling dan dia melihat Achai tertiarap dengan sebelah kakinya di dalam longkang.
                    "Yang kau tidur kat sini kenapa?" sarkastik Kiko bertanya walaupun dia sudah tahu kenapa. Dia menghulurkan tangan untuk mengangkat Achai dari 'tidur'nya. Tangan dicapai dan Achai berdiri sambil membetulkan baju dan membersihkan seluarnya dari debu. "Dah,jom pergi kat tempat biasa. Dorang dah tunggu tu." sambungnya lagi. Achai buat muka. Kiko hanya tergelak kecil apabila teringat wajah Achai ketika dia sedang 'tidur' tadi. "Gelak la lagi. Aku bagi lutut nak?" Achai bersuara.
Walaupun kata2nya itu berupa ancaman,gelak Kiko masih tak berhenti,malah makin kuat.

                   "Tu dorang dah sampai dah." ujar Lee rendah. Dia dan Boi sedang minum air kelapa di Warung Maksu. Warung yang cukup popular dalam kalangan pelajar sekolah itu. Achai dan Kiko berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Cuaca yang panas terik petang itu membuatkan mereka hanya memikirkan air yang sejuk dan menyamankan yang boleh mereka dapatkan di Warung Maksu itu.

                   "Adoi,tali kasut ni dah terbuka la. Chai,kau pergi dulu la,aku nak ikat tali kasut ni kejap." ujar Kiko selepas menyedari bahawa tali kasutnya terungkai. Achai hanya mengangguk sambil berlalu pergi. Kiko tunduk membetulkan tali kasutnya yang sudah terungkai itu. Achai semakin jauh berlalu pergi. Ketika Kiko sedang membetulkan tali kasutnya,deria baunya menangkap satu haruman yang dirasakan pernah dihidunya tidak lama dulu. Haruman itu seolah2 melepasi dirinya yang sedang berseorangan di bawah terik mentari petang itu. Kepala diangkat dari tali kasut untuk mencari sumber dari mana datangnya haruman itu. Di sekelilingnya tiada apa2 melainkan rumah2 dan pokok2.
Kiko menoleh ke belakang dan didapati hanya ada dua orang pelajar perempuan sedang berlalu pergi ke arah yang bertentangan dengan Warung Maksu.
                    "Kiko !! Kau buat apa lagi tu? Cepat la weh !!" laungan Achai mematikan hasrat Kiko untuk mengekori dua orang pelajar tadi.

 ***********************************************************************

                     "Nak buat ape eh petang ni?" tanya Lee. Tiga pasang mata lagi tidak segera menjawab,hanya memandang ke gelas minuman masing2.
                      "Lepak atas pondok kat tengah sawah."
                      "Tenangkan fikiran."
                      "Hmm..lepak atas pondok kat tengah sawah sambil tenangkan fikiran."
Tiga cadangan dari tiga kepala. Atau mungkin dua. Kiko hanya tersenyum apabila kawannya memaku pandangan kearahnya sebaik sahaja dia menyambung cadangan dari Achai dan Boi. "Apa? Tu kan cadangan jugak." ujarnya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

                    Petang itu,seperti yang dirancangkan,mereka berempat menghabiskan masa di pondok yang terletak di tengah2 sawah padi itu. Masing2 membuat hal sendiri sambil menikmati udara nyaman petang itu. Sesuatu yang tidak dapat dinikmati di kawasan bandar. Boi menghafal fakta2 sejarah melalui nota kecil yang dibawanya. Achai dan Lee sedang membetulkan tali gitar. Kiko pula sedang berbaring sambil menekan2 telefon bimbitnya. Fikirannya mengimbas ke belakang. Peristiwa di sekolah pada waktu akhir tadi.

                   "Nak kemana ni? Selekeh je nampak." Satu suara menegur Kiko dari belakang. Suara yang cukup Kiko kenal. Kiko berpaling malas. "Nak ke tandas pun perlu kemas ke? " dia menjawab malas. " Malu la dengan awak ni. Tak pernah nak bergaya. Pakai pun macam selekeh." Najwa berkata lagi. Entah kenapa Najwa begitu suka mengkritik apa2 sahaja yang ada pada Kiko.
"Okay,tell me,apa yang tak kena dengan penampilan saya kali ni." balas Kiko sambil mendepangkan tangannya. Najwa memandang dari atas ke bawah. " Hmm,.tali pinggang ni boleh tak cari yang lain tak? Jam ni jenama apa ni? Macam tak berapa nak tahan je. Mudah rosak ni." ujar Najwa persis seorang pengkritik fesyen. Kiko hanya melepaskan satu keluhan lemah. Anak orang kaya taste dia memang tinggi. Segalanya nak berjenama. Berbeza dengan Kiko yang hanya inginkan sesuatu yang selesa dipakai tanpa mengira jenama apa sekalipun.
                   "Frankly speaking,saya malu kalau nak jalan dengan awak kalau awak tak ubah penampilan awak ni." sambung Najwa lagi. Riak muka Kiko tidak berubah. "Apa2 je lah" Ujar Kiko sambil berlalu pergi meninggalkan Najwa.

                     Dia kecewa dengan sikap Najwa yang seakan-akan meterialistik itu. Semuanya dipandang pada jenama. Pada harga. Pada gaya. Pada rupa. Bukan pada hati. "Najwa,selagi aku boleh sabar,.aku sabar. Kalau tak.." bisiknya sendiri. Setelah menarik nafas panjang,Kiko bangun dari baringnya. Dia memandang ke arah Achai dan Lee.
                      " Jom. Satu lagu." ujar Kiko sambil tersenyum. Menyembunyikan kekecewaan hatinya.
"Patah Seribu." sambungnya lagi sambil membetulkan lipat silanya. Achai dan Lee memandang antara satu sama lain seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Boi yang begitu khusyuk menghafal fakta2 sejarah mengalihkan pandangan kearah Kiko. Suasana sepi. 
                      "Bro,tu lagu Shila Amzah. Perempuan." Lee bersuara. Achai dan Boi mengangguk mengiakan kata2 Lee. Kiko mengangkat kening. "So? Alaa..bukannya selalu pun. Best la lagu ni." balasnya.

                      "Okay,ready." Kiko membetulkan lipat silanya. Achai dan Lee menyandar di dinding pondok. Bersedia untuk menikmati lagu yang akan dimainkan oleh Kiko. Boi menyambung kembali bacaannya. Gitar dipegang  dalam keadaan yang selesa. Jari dibiarkan menari bersama tali gitar. Kiko memejamkan mata sambil menghayati lagu yang dinyanyikannya itu. Achai dan Lee hanya tersenyum tanda puas mendengar lagu yang dibawakan Kiko. Secara tiba2,fikiran Kiko melayang kepada memori di tepi pantai pada malam itu. Satu perkenalan yang tidak dirancang. Dia meneruskan nyanyian sehingga tamat. Matanya dibuka. Pandangan ditala kepada sawah padi yang terbentang luas dengan senyuman terukir di bibirnya.



                                        
                                          ************~~~~~~~~~~************