Sunday, June 30, 2013

Purdah

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Malam.
Cuaca malam ni oke jep
Tak panas sangat.
Tak sejuk sangat.
Sederhana.
Florist sebenarnya duk kat Johor ni.
Ada urusan sikit kat sini.
Malam ni baru ada kesempatan sekejap nak bukak blog.
eheh,sibuk mengalahkan pak menteri, ye dak? haha

Malam ni,
di kesempatan ini,
Florist nak berbicara mengenai PURDAH.
Yes,
Purdah.

Florist rasa dah ramai yang tahu purdah ni ape kan?
Aaaa?
Ada yang tak tahu?
Takkan la kot.

[contoh]


haa,.macam tu la purdah.
Nama lain bagi purdah ni ialah niqab.
Purdah atau Niqab ni macam penutup muka la.
Biasanya dipakai oleh golongan wanita.

Bila kita tengok orang yang pakai purdah ni kan,
mesti bermacam-macam yang bermain dalam kepala kita kan?
Kenapa dia tutup muka dia?
Dia ni orang jahat ke?
Dia selesa ke pakai macam tu?
Apa yang dia pakai tu?

See? 
Memang Florist yakin la persoalan2 ni pernah ada dalam kepala korang. kan?
Biasanya kanak2 la yang suka tanya macam2 ni.
So,dah jadi tanggunjawab ibu bapa untuk bagi jawapan yang terbaik untuk anak2.
Jawapan yang bernas dan jujur.
Jangan nak menakutkan anak2 pulak.
Ini tidak,
Bila anak tanya kenapa dia tutup muka,
Jawapan parents
"Dia tu orang jahat. Jangan tengok dia. Bahaya"

Nampak tak?
Nampak tak betapa prejudisnya masyarakat sekarang terhadap golongan berniqab?

"Kau tahu kenapa dia pakai purdah? Sebab dia nak tutup love bite dia la tu"
Nampak tak?
Nampak tak pemikiran orang kita? BURUK!!
Kenapa sampai macam tu sekali masyarakat judge orang berniqab ni?
Apa salah mereka?
Masyarakat cakap sebab nak tutup love bite.
Mana dia tahu ada love bite?
Dia tengok sendiri ke?
See?
Tak pepasal jadi fitnah.
Memburuk2an orang lain dengan fitnah. Jijik.
Florist tak suka orang macam ni.

Ada satu hari tu,
Florist ada dengar perbualan antara dua orang lelaki

"Bro,aku ingat nak cari pompuan yang pakai purdah la nak wat bini"

"Pompuan purdah? haha. baik tak payah la wei. dorang tu bukan baik sangat. Hipokrit!! Sepupu aku yang baru balik dari Jordan sana cakap,kat sana berlambak pompuan pakai purdah. Yang dulu2 tak pernah pakai pun. Pergi Jordan je baru pakai. alaa..konon nak berubah. Padahal nak tarik perhatian golongan ustaz2. Pernah satu hari tu,ada sorang awek purdah ni pergi umah kawan sepupu aku. Dorang pergi ramai2 la. Tapi awek ni,sepupu aku nampak dia duk gayut dengan sape ntah. Lama giler kot! Siap gelak kikiki lagi. humph,.borak ngan jantan upenya. Pakai purdah je lebih. Sebab tu aku gitau kau tadi, tak payah nak cari pompuan purdah. Ntah ada apa di sebalik purdah tu."

Allah,
Kenapa sampai teruk macam tu pemikiran orang kita ni?
Kenapa nak bersangka buruk dengan orang lain?
Salah ke kalau dia nak berubah?
Kenapa nak perlekehkan orang yang berubah ke arah yang lebih baik?
Kita ni dah cukup baik ke?

Dalam kes ni sama je la bila kita tengok orang duk study,
kita pun pergi kat dia,pastu cakap
"Wey. kau study ke? tak payah la. Bukan boleh jawab pun exam tu. Dah3. tutup buku, Jom enjoy"

Kenapa kita nak lunturkan semangat orang lain?
Kenapa?
Kalau kita tak boleh nak ubah diri kita,kenapa orang lain pun kita taknak bagi berubah jugak?
Kita sepatutnya gembira bila ada orang nak berubah jadi baik.
Kita patut bantu dia.
Bukan lunturkan semangat dia.
Tak faham la dengan orang kita ni.

Nak tarik perhatian ustaz2?
Kalau dah tahu niat tu salah,tak boleh ke kalau tolong betulkan.
Tolong bimbing yang mana patut.
Soal dia nak dengar ke tidak teguran tu suku kira.
Yang penting,kita tegur.

Gayut dengan lelaki sambil gelak kikiki?
Tak boleh ke kalau pikir positif?
Mana la tahu dia cakap dengan adik dia ke,abang dia ke,ayah ke,suami ke,
husnudzon la.
Husnudzon ni ubat untuk hati tau.

Kawan dia tu kemain lagi baik punya niat nak kawin dengan orang pakai purdah,
dia tolong gelakkan pulak. hadoyy..
at least tolong jugak kan? watever~ =,=''

Ubah la mentaliti tu.
Kenapa kita nak pandang serong kat orang yang tak buat salah apa2?
Dia berniqab,ada ganggu orang lain ke?
Takde kan?
Dia berniqab,ada buat orang lain tak selesa ke?
Takde kan?
So what's the problem?

Selain tu,
ada jugak yang cakap pakai purdah,tapi hati tak ikhlas.
Alamak ai,
mana tau hati tak ikhlas ni?
Ukur guna Ikhlas-O-Metre ke acaner neh?

Ikhlas ke tak,suku kira.
Yang penting dia tutup aurat dia.
Dia jaga aurat dia.
Bukan macam sesetengah orang tu.
Bukak sana sini.
Nak tunjuk kat sape ntah.
Public show la kot.

Purdah.
Ada jugak yang cakap
"ni yang pakai tutup muka ni bajet lawa la neh"
"alaa,.dia bukan lawa sangat. Nak pakai purdah konon"

Alamak ayy,.
Kenapa nak pakai purdah pun mesti ikut paras rupa?
Tujuan utama pemakaian purdah ni,
bagi Florist la kan,
Sebab nak cover aurat.
Eh tak cukup ke dengan pakai tudung dengan baju kurung?
Hello,
yang you study siang malam sampai mata jadi macam Panda tu ke kenapa?
Nak berjaya dengan cemerlang?
Tak cukup ke dengan study kat dalam kelas je?

Haa,.see?
Sama la dengan pemakaian purdah ni.
Nak jadi muslimah yang cemerlang.
Kalau korang tamau cemerlang,jangan la ganggu orang lain yang nak cemerlang.
Bukan merosakkan hidup masyarakat pun.
Ke acaner?

Masyarakat,
Kenapa mesti berfikiran sempit?
Dah la sempit,Negatif pulak tu.
kenapa mesti macam ni..

Kenapa mesti memandang si pemakai purdah ni dengan keganjilan?
Apa salah mereka?
Mereka nak jaga hubungan antara lelaki dan perempuan,masyarakat tak puas hati.
Kalau mereka berbaik dengan lelaki,masyarakat kata gedik.
Kenapa selalu tidak puas hati?

Kita sepatutnya bangga bila ada orang nak berubah jadi baik macam ni.
Tapi ye lah,
manusia kan.
Sentiasa tak puas hati.
Sentiasa menganggap diri mereka tu betul.
Sentiasa memandang kesalahan orang lain dan menganggap diri sendiri tu perfect.
Manusia.
Manusia.
Manusia.

I guess,setakat ni je la dulu untuk entry ni.
Hope korang boleh amik iktibar yang mana patut.
Ubah yang mana patut.
Generasi berilmu,itu yang kita nak sekarang ni.
Florist pun bukan orang baik.
Banyak kurang sana sini.
Dan yang pasti,Florist sentiasa memperbaiki diri ini.
Florist tak mampu baiki sorang,
Kadang2 perlukan orang lain untuk membantu.

Ah ye,
jam dah pukul 1.25 AM.
korang tak ngantok lagi?
dah3.
jom tido.
babai.



SESUNGGUHNYA ISLAM DATANG DALAM KEADAAN YANG ASING DAN AKAN KEMBALI PULA DALAM KEADAAN ASING.
MAKA BERBAHAGIALAH ORANG2 YANG DIKATAKAN ASING.
-RIWAYAT MUSLIM-

Thursday, June 27, 2013

Putus Cinta

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Petang
Cuaca petang ni okei.
Sederhana.
Tidak terlalu panas.
Mendung.
Tapi tiada tanda hujan akan turun.

Bak kata pepatah,
Berdentum guruh di langit,air tempayan dicurahkan.
Ertinya melepaskan apa yang ada kerana hendak mengejar sesuatu yang lebih besar dan akhirnya mengalami kerugian.
Tapi bagi situasi pada petang ni,
Cuaca mendung tidak semestinya hujan.
Cuaca panas tidak semestinya kemarau.
atau dalam kata lainnya,
Tidak ada sesuatu yang pasti dalam dunia ini.

But don't worry.
Entry ni bukan hendak berbicara tentang cuaca,
jauh sekali hendak berbicara mengenai air di dalam tempayan.
Entry kali ini sekali lagi Florist ingin berbicara tentang 
CINTA.

Yes,again.
Kita berbicara sekali lagi tentang cinta.
Jika entry sebelum ini kita berbicara mengenai
"Apa itu cinta?"

Entry kali ni kita berbicara pula mengenai
"Putus Cinta"


Putus Cinta.
Kenapa putus cinta?

Putus cinta ni mengikut kajian yang Florist jalankan,
biasanya dan selalunya terjadi kepada orang2 yang sedang bercinta. 
Tidak kira samaada mereka bercinta hanya untuk seketika atau dalam jangka masa yang lama.
Putus cinta ni,
sebenarnya perkara biasa.
Sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai.
apatah lagi yang bercinta.
yang belum ada apa2 ikatan.
ke acaner?

Persoalannya sekarang ni,
Kenapa putus cinta?
Banyak sebab mengapa ramai pasangan bercinta ni putus.
Kajian yang Florist buat ni merangkumi masa berkurun kurun.
Dan kajian ni masih belum tamat.
Setakat ni ada 10 sebab kenapa putus.
Antaranya :

1. Tidak sehaluan
- Ahaa,tidak sehaluan biasanya alasan yang paling common sekali dalam episod putus cinta ni.
Biasanya terjadi apabila tidak sependapat.
Biasanya la.
Tapi biasanya jugak pasangan yang putus cinta sebab tidak sehaluan ni
sebenarnya bukan tidak sehaluan.
Tapi dah tawar hati.
Dia rasa boring sesangat.
Oleh sebab tak sanggup nak cakap tawar hati,tambah2 lagi bila pasangan dia tu takda apa kesalahan,
so,dia cipta la isu.
Pastu cakap "Sorry b,kita dah tak sehaluan."
Nampak tak permainannya? Nampak tak?


2. Tidak sekufu
-Tidak sekufu ni biasanya melambangkan darjat.
Yang kaya perlu partner dengan orang kaya.
Yang kurang kaya perlu partner dengan orang kurang kaya.
Haa.,pemikiran macam ini lah yang kita tak mahu.
Macam takda beza dengan Rasis.
kan?
Cinta sejati tidak mengira darjat.
haaa,.gituuww.
Banyak je yang tak sama darjat tapi elok je kahwin.
Ni masalah dengan family ni.
Anak dah elok dengan pasangan dia.
Family pulak yang tak bagi.
Jatuh martabat katanya.
Ingatlah pembaca2 sekalian.
Darjat tak boleh dibawak kemana.
Faham tak?Faham tak?

3. Kena main
-Ahah! Jangan tertipu dengan janji manis lelaki. (perempuan pun)
Kalau nak main cakap2 manis ni,
Semua orang boleh.
Cuma yang bezanya,
Tahap kepakaran.
Level Kemanisan Mulut tu.
Makin tinggi level,makin efektif.
yang terpedaya dengan janji manis ni la yang kesian.
memang kesian.
Punya la dah bagi harapan,berjanji segala bagai.
Nak bina istana la,beli pulau la,ape la.
Last2.
Bila da boring,.
kena tinggal.
Ingat la wahai kaum Adam dan Hawa.
jangan mudah terpengaruh dengan janji manis.
nanti merana diri.
Dengar janji takpe,percaya jangan.
Faham?

4. Orang ketiga
-Haaaa,.yang ni memang bikin panas hati.
Bukan korang je yang panas hati.
Florist yang tengok drama2 dalam tv pun memang panas hati kalau ada kes macam ni.
uyyy,.panas!
Panas kat sapa?
Panas kat dua2 orang yang terlibat tu.
Yela kan.
Yang sorang tu,gatai merenyam dengan pasangan orang lain.
Yang sorang lagi tu tak reti2 nak setia.
Dua2 salah.
Haa,.si mangsa ni pulak,
Mungkin tak pandai nak amik hati sangat. (even dia cakap dia dah cuba yang terbaik)


5. Cinta terhalang
-Yang ni memang tak boleh nak kata apa dah.
Terhalang dek family.
Macam citer hindustan dalam tv tuh.
Tapi yang tu takpe la.
Cinta depa kuat.
lagipun,
Tu cerita dalam tv,
pengarah yang setup suma tu.
Tapi jenis yang macam ni.,
antara yang kesian la jugak. =(

6. Tidak sabar
-Lack of kesabaran.
Yang ni,memang salah sebelah pihak.
Tidak sabar apa?
Tak sabar nak kahwin la.
Tak sabar nak itu la 
Tak sabar nak ini la
Sabar.
Sabar.
Tataw la kenapa dia tak sabar2 nak kahwin.
Taknak wat dosa la kot? mungkin?
Tapi masalahnya,
Pasangan dia ni,
Dah usaha dah.
Macam2 dah dia buat.
Kesian la kan?
Last2 putus.
Sedih2.

7. Terlalu sensitif/negative thinking
-Haa,.yang ni lagi satu.
Terlalu sensitif,
hal kecik,diperbesarkan.
Contoh la kan,
Gara2 tak balas mesej,terus majok 5 hari 5 malam.
Tu dah pujuk tu.
Kalau tak pujuk?
Bila korang da bagi macam2 sebab kat dia,
nak perjelaskan kenapa dorang tak balas mesej
korang cakap macam ni contohnya
"Sori,ayg ttido semalam"
dan dia jawab
"Ahh,.tipu! you ada orang lain"
haa,.yang ni memang la negatif.
Negatif ni tak bagus dalam perhubungan tau.

8. Cemburu buta
-Cemburu buta atau cemburu yang tidak bertempat ni biasanya jugak boleh mengakibatkan hubungan cinta putus.
Ye la kan. 
Korang berkawan je dengan orang tu.
Pastu dia cakap korang kapel dengan orang tu.
tambah2 lagi kalo korang study group sesama dan tak balas mesej yang tersayang.
Memang konfem2 korang kena dengan pakwe/makwe korang.
Tapi kalau pasangan tu prihatin,
memang dia akan faham.
Tapi kalau jenis yang cemburu buta macam ni,
cakap la papepun,
memang dia nak tekad dengan apa yang dia nampak dan rumusan yang dia buat sendiri.
so,putus.
sedih2.

9. Tidak memahami
-Tidak memahami. Salah satu tanda yang pasangan tu akan putus.
Si dia sentiasa inginkan korang ada disisi dia.
tak kira masa.
tak boleh face to face,teman kut mesej pun jadi lah.
Time korang tak balas mesej dia?
Mula la dia meragam.
Cakap korang takda disisi dia time dia memerlukan la.
Cakap korang ni jenis tak ambik berat la.
Cakap korang ni tak prihatin la.
Sedangkan dia lupa.
Bahawa korang pun ada kerja yang korang perlu selesaikan.
Dan dia juga lupa,
bahawa selama ni korang yang ada disisi dia.
Tidak memahami ini menyebabkan putus cinta.

10. Sentiasa mencari yang lain
-Yang ni. Memang la putus. Kalau tak putus hari ni,putus esok.
Dia sentiasa mencari yang lain.
Dia gemar membanding2kan korang dengan orang lain.
Sering mengutuk korang dan memuji orang lain.
Puji biasa2 oke lah kan.
tapi ni puji macam orang yang dipuji tu partner dia.
Time korang ada keje dan tak dapat nak balas mesej si dia,
Si dia pun mesej dengan orang lain.
Kalau mesej macam kawan takpa.
Ni mesej macam nak flirt.
dengan siapa?
dengan orang yang dipuji tu.
uwww,.panas bak hangg.
Lepas tu boleh pulak dia puji cakap kat korang yang budak dia admire tu romantik la,
sweet la,ape la.
haa..ni memang tak lama ni.
Memang konfem2 putus ni.


Okei.
Cukup 10 sebab.
Mungkin kalau Florist dapat dana lagi,
Florist akan teruskan kajian ni lagi.
Nanti ada info lagi sal ni,
Florist share dengan korang.
okei?

Yang mana yang tengah couple tu,
kalau ada masalah macam yang dinyatakan kat atas tu,
faham2 je lahh..
Tapi ingat.
Bukan semua masalah ada jalan buntu.
Ada je penyelesaiannya.

Setakat tu je la kot untuk petang ni.
Nak makan pisang goreng.
Daddy itew belikan tadi.
Korang nak makan?
Moh le sekali.
Babai.


Cuaca,sukar untuk dijangka.
Begitu juga cinta.


tetiba langit gelap nak hujan.
ada guruh lagi.
tadi macam tak.

Dewan Rakyat

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi
Pagi ni,
Cuaca elok,
Tak panas,
Tak redup,
Sedang2 aja.
Awan banyak kat langit pagi ni.
Subuh tadi pun berangin sikit.
Okei la. nyaman.
Alhamdullilah.


Okei,berkenaan tajuk pagi ni.
DEWAN RAKYAT
yes.
Dewan Rakyat.
You read it right. tahniah !! haha

Time korang baca ni mesti korang ingat entry ni sal politik an?an?an?
Salah tu~
Bukan nak berpolitik ni.
PRU pun da lama berlalu kan.
Nak berpolitik pun ada masanya.
Jangan tiap2 masa nak cakap2 politik.
Nanti orang panggil gila politik pulak. 
Ke acaner?

Lain la kalau kita ni ahli politik.
Boleh la nak cakap2 politik 24/7.
Tapi kalau cakap politik saja pun takda guna.
Kerja tu kena buat jugak.
Orang dah bagi amanah,kena la laksanakan.
Kena la komitmen dengan kerja.
Jangan tipu2.
Tak baik.
Dosa.
Ke acaner?

Okei.
Dewan Rakyat.
Apa itu Dewan Rakyat?
Korang google la ye. Cek kat Wikipedia.
Malaih den nak tulis definisi pasal Dewan Rakyat. hehe

Mesti korang tertanya-tanya kan?
Kenapa Florist nak tulis pasal Dewan Rakyat hari ni?
nak tau x?
Sebabnya semalam baru je depa ni bersidang.hehe

Tetiba kan,Florist terpikir,
Rakyat Malaysia.
Berapa ramai rakyat Malaysia melihat dan menonton sesi Dewan Rakyat ni?
Tak kira la tengok kut tv ka,.tengok live depan mata sendiri ka,.tengok kut youtube ka,.
berapa ramai agak2?

Asenya tak ramai pun yang tengok benda ni.
Florist dulu pernah gak tengok sesi bersidang ni.
Tapi bukan Dewan Rakyat la.
Florist tengok Dewan Undangan Negeri je.
Ada rombongan time form6 dulu bagi subjek Pengajian Am.

Kenapa mostly rakyat Malaysia tak tengok Dewan Rakyat?
Jawapan mereka mungkin lebih kurang je.
1. Gua tak layan politik r. 
2. Dewan Rakyat? ewww,.tamau arhh,.itew dengaq tu tempat orang politik gadoh. iteww ta suka la gadoh2 ni. 
3. PakCik bukan taknak tengok. Tapi PakCik nak tengok Karoot Komedia. PakCik minat Nabil. Waktu siaran tu tak berapa nak sesuai la nak.

Nampak tak?
Nampak tak mentaliti rakyat kita?
Orang2 yang macam ni la yang akan memimpin negara satu hari nanti.
Dan orang2 yang inilah kalau tiba musim pilihan raya,yang akan duk barisan depan
dalam bab nak sembang politik.

Bila ditanya dari mana dapat sumber?
TV,Paper yang berat sebelah,Blog.
dan sumber yang paling best
"Aku dengar sendiri apa yang orang lain cakap. Nampak macam betul je. Betul la kot"

Cuba tengok dari sudut positif sal Dewan Rakyat ni.
Dari Dewan Rakyat,kita dapat menilai seseorang pemimpin itu.
Dari Dewan Rakyat,kita dapat tengok kredibiliti seseorang pemimpin itu dari segi
1. Ucapan
2. Etika
3. Kehebatan berhujah
4. Dan lain lain

Kadang2 sikap atau perangai sebenar pemimpin ni dapat kita tengok melalui sesi Dewan Rakyat.
Ye la kan,
kalau tengok depan2 ni,memang gerenti la dorang berpura-pura.
Nak tarik hati pengundi.
Biasa la tu. Politik.
Biaq pi la yang tu.
Tu hal depa.
Kita sebagai rakyat la yang akan menilai mereka.
Mereka buat la apa pun,
Kalau kita tak undi,depa tak menang.
Ke acaner?

Dewan Rakyat,
Bagi Florist,
dapat mematangkan fikiran rakyat dalam berpolitik.
Dewan Rakyat dapat membuatkan  rakyat menilai sendiri,
Yang mana pemimpin yang hebat.
Permatang Pauh ka,.Pekan ka,.mana2 je la.
Korang boleh judge sendiri berdasarkan cara mereka bercakap dalam Dewan rakyat.

Dewan Rakyat dapat mendedahkan kita dengan isu2 terkini.
Dapat melatih kita cara untuk berdebat.(bagi yang minat debat)
Dapat mematangkan pemikiran rakyat.(dari segi politik)
Dan yang paling penting,
dapat membuatkan rakyat berfikir,menilai,dan memilih
pemimpin untuk masa depan negara.

Err..setakat tu je la kot dulu.
Panjang lagi nak tulis ni.
tapi..lapau la.
Korang da makan?
Jom makan.
Hari ni ada nasi goreng,
jom3.
babai








Wednesday, June 26, 2013

Mall-Rain-Cold

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Malam
Malan ni bintang agak jelas kelihatan di dada langit
Bulan pun macam tersenyum gitu 
Alhamdullilah,tadi pun hujan.
Berangin.
Cool.

And err...unfortunely,.i catch cold. =,=''
haacchhiuuu!

Petang tadi Florist kuar dengan kawan2.
Dorang ajak pegi mall nak beli kasut.
Florist boring r duk kat umah.
So Florist pun kuar la ikut dorang.
Well,.bila da kat mall.,biasa la,.
jalan dah macam tak hengat dunia. hehe
cuci mata lagi. tengok barang2.

Dan bila sampai kat kedai kasut,
ada satu kasut yang berjaya membuka pintu hati yang sekian lama tertutup untuk kasut.
memang lawa ah.
tapi lupa nak amik gambar kasut tu. =,=''
kalau tak,,boleh kongsi2 kat sini.

But like seriously,kasut tu memang lawa,stylo,bergaya.
Tapi tak beli pun.
bajet.bajet.bajet.
hehe

Takpa la,.
tak beli hari ni , ada rezeki, beli di lain hari. ke acaner?
nanti sampai masa,Florist nak rembat kasut tu.

Dan hari ni,
first time makan Bakso.
makan kat food court tu je.
again,lupa amik gambar.
takpa la.
hangpa gugel la sendiri bakso tu macam mana.
not bad la.
boleh dimakan.
dan agak sedap. =)

ehe,.ce teka apa yang Florist beli tadi?
tataw an?an?an?
heh heh heh
Florist beli...
CAR CHARGER! 
jyeah!

satgi senang la nak p mana2
well,you know.
Smartphone will always come with dumb battery. (T__T)
Hari tu den pegi Cheras.
bertolak dari umah,bateri 100%.
sampai kat sana,
bateri tinggal 3% jep.
nampak tak betapa dumb nyer bateri smartphone ni.
nampak tak?nampak tak?

Balik je dari mall tadi,
hujan pun turun.
hujan di luar,aircond di dalam
what a great combination!
Boleh dapat  title Word Tag Team Champion neh.
atas keta punya la sejuk sampai tahap apa ntah
antartik la kot.

Sampai je kat umah.
Kepala pulak sakit. 
Berdenyut2.
Hidung pulak duk main bersin je manjang.
Isi cecair dalam tu toksah duk citer la. =_=''

Okei la
Ase macam nak demam je ni.
Antibody lemah kut.
Setakat tu je la untuk malam ni.
Florist noktah kat sini dulu.
Jumpa esok,okei?
love you guys.
babai.



SELAMAT MALAM.

It's Good To Learn Something New

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi

Fuhh,.pagi ni,alhamdullilah udara nyaman.
Angin sepoi2 bahasa subuh tadi.
Matahari pun menyinar terang.
Jerebu da makin kurang.

Last night there was a football match between Kelantan and Pahang.
And the result was really awesome.
Kelantan beats Pahang 2-0.
Thanks to Piya the Captain Marvel and Zamri Ramli. =)

Okei.
According to the tajuk,
Today i learn something new.
Its called Coding.
Yep.
Coding.
Benda ni bebudak IPT berlambak je yang belajar.
Tapi Florist tak belajar kat dalam kelas.
Belajar online je.
Bukan apa.
Nanti senang la nak buat kerja satgi.
Nak hias blog ikut citarasa sendiri ke,
Tak perlu la nak guna design orang lain kan?

Mula2 belajar tu,ada la sikit kepeningan.
Tapi lepas beberapa step,kepeningan itu mula hilang. ^_^
am i that genius?
ye la kan,belajar sikit je tapi faham banyak. hehe
Uishh,.riak2,.shuhh shuuhhh,.pegi main jejauh.

Hmm,.banyak lagi kena belajar ni.
Tengah hari ni nak kuar ngan kawan.
Dorang ajak pegi jenjalan.
Shopping kot. woohoo. 
tapi den tengah kesuntukan wang ni.
Kredit pun takdak ni.
uhh,.syedih.. (T__T)
Beli tingkap je la kot.(window shopping)

takpa. 
Balik tu kena belajar banyak lagi sal coding ni.
Benda ni best taw!
Awesome gitu.

Belajar dan tahu banyak perkara ni langsung tidak merugikan
Banyak kelebihan kot.
Kan ilmu tu.
Ke acaner?

I guess,thats all for this time.
Nak sambung belajar.
Eh,bukan2.
Nak makan dulu.
Lapau.
da bekfas?
belum ea?
Moh la join sekali.
Nasi gulai ayam bak hang
okei.
babai~

ADAB MENUNTUT ILMU 
SALAH SATUNYA 
IALAH
BE HUMBLE

Tuesday, June 25, 2013

Istidraj

Assalamualaikum
Hello
Hai
Selamat Petang.

Petang ni nampak gaya macam dah hujan kat sesetengah tempat tu.
ye an?an?an?
Syukur Alhamdulillah. =)

Okei,tajuk petang ni.
Macam kat atas tu,tertulis
ISTIDRAJ
yes,
Istidraj.

Florist nak tulis sal agama sikit.
Sebenarnya Florist bukan nak jet jet alim.
Memang tak la.
Sebab Florist sendiri pun ntah kemana jugak.
Cuma tak tahu kenapa,
tetiba terpanggil untuk tulis sal Istidraj ni.

Mungkin sebab makin ramai manusia sudah lupa kat Istidraj ni.
Korang tau Istidraj ni apa?

ISTIDRAJ NI MERUPAKAN SATU NIKMAT ATAU KELEBIHAN YANG ALLAH BAGI KAT ORANG YANG KUFUR DAN ORANG YANG KAFIR UNTUK MENAMBAHKAN LAGI KEKUFURAN MEREKA ITU.

Kenapa Allah nak wat macam tu?
Sebab,menurut apa yang Florist tau,
dan rasanya semua orang tahu.
Allah kan suka menguji keimanan hambaNya.

Biasanya lagi,Istidraj ni selalu berlaku kat orang yang tidak berusaha untuk mengenal Allah dan orang yang tidak menjalankan ajaran Islam dalam hidup.

Selalu je kan kita tengok orang yang solat ntah kemana,tapi hidup kaya giler. Berjaya gitu.,
TAPI
sampai kemana kekayaan dia tu? 
Kondisi dia macam mana?
Kesihatan dia?
Family dia?
Memang konfem2 ada masalah.

Okei.
Dulu ada satu manusia nama Qarun.
Dia ni hidup zaman Nabi Musa.

Qarun ni orang kaya.
Sangat kaya!
Pastu Nabi Musa pun pergi kat Qarun dan cakap 

"Kekayaan ni kurniaan daripada Allah"

Qarun jawab apa?
Dia jawab

"TAKKK!! INI HARTA HASIL USAHA AKU!!"

pastu apa yang jadi?
Qarun tenggelam ditelan Bumi.
Pasai pa?
Dia bongkak. kufur nikmat. dan. dia mendapat Istidraj.
Walaupun Nabi Musa cuba nasihat dia.
Dia angkuh,dan dia habis macam tu je.

Hmm,.hari tu Florist ada ternampak sesuatu dalam Facebook,
Ye tulis macam ni

"Oi,Korang ni tolong la reti sikit. Kalau depa tak buat macam ni,takdanye kita dapat nikmat hidup macam ni. Nikmat hidup aman macam ni sebab kerja keras dorang tau"

Hmm,.macam.,lebih kurang sama dengan ayat Qarun la..kan?
Nauzubillah.
Mintak dijauhkan dari kekufuran.



PERSOALAN
KENAPA ALLAH BAGI KESENANGAN KEPADA ORANG YANG MENYEGUTUKAN DIA DAN MEMBERIKAN DUGAAN KEPADA HAMBANYA?

Pernah terpikir tak macam ni?
Yang menyegutukan Allah,memang konfem masuk neraka.
So,apalah sangat harta kesenangan dunia ni untuk mereka.

bagi hamba Allah yang beriman pulak,kenapa diuji dengan macam2?
Sebab Allah nak bagi mereka syurga.
Allah nak uji tengok sejauh mana iman manusia tu.
Syurga ni kan untuk umat Islam yang beriman. =)


"Apakah kamu mengira Kami akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelumnya. Maka Allah sesungguhnya Allah tahu orang2 yang benar dan Allah tahu orang2 yang dusta."
-Al Ankabut (2-3)-


Ya Allah,tetapkanlah hati kami.
Jauhkanlah kami dari kekufuran.

Jika gagal dalam satu2 perkara,ia hanyalah perkara itu.
Gagal perkara itu bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan.
Teruskan usaha selagi nyawa ada.
Usaha.Usaha.Usaha.
Mesti akan ada hasilnya.
Ke acaner? =)


Setakat tu je kot untuk petang ni.
Ingat,bukan nak jet jet alim ni.
Florist bukan ustaz/ustazah.
Florist ni skater.
tau skater? hehe

Entry ni saje je nak bagi peringatan.
peringatan utk yang baca,dan jugak utk yg tulis ni.
Okei la,
Nak main kat bawah jap.
Eksesais pun perlu gak untuk kesihatan. (^_^)
da berpeluh hari ni?
Jom riadah.
Babai.


MUSTAHIL ADA MANUSIA YANG INGIN SENANG SEMENTARA DI DUNIA
TAPI MERANA KEKAL DI AKHIRAT.


Anda mahu Istidraj?





Cinta?

Assalamualaikum
Selamat tengah hari
Jam dah menunjukkan pukul 1:27 PM.
Cuaca hari ni sederhana.
Tak panas.
Tak sejuk.
It's just redup and mendamaikan.

Okei.
Tadi Florist ada belek2 facebook.
Time duk syok duk belek2 tu,tetiba terbaca satu post

"Yang cakap2 pasal chenta ni,tahu kedak chenta ni cemana sebenarnya?"

This post make me think.
What is Cinta?
Apa itu Love?

Okei,.berbicara tentang cinta.
Petang ni kita berbicara tentang cinta.
Cinta ni,bergantung kepada individu itu macam mana mereka tafsirkan cinta.

Love is something that refer to a variety of different feelings,states,and attitudes,ranging from pleasure
to interpersonal interaction. *ni jawapan wikipedia

Cinta ni,bagi penulis,yeah. Florist setuju dengan apa yang wikipedia tu cakap tulis.


Ada yang cintakan harta.
Ada yang cintakan alam.
Ada yang cintakan manusia,
Ada yang cintakan diri sendiri.
Ada yang cintakan makanan.
Ada yang cintakan Maha Pencipta.
Love.Love.Love. Everywhere.

Seringkali kita dengar orang cakap
Cinta itu lahir dari mata,masuk ke dalam hati,diterjemahkan melalui perkataan dan dilakukan dengan perbuatan.

Sekali lagi Florist setuju.
Apabila seseorang tu cintakan sesuatu,dia akan usahakan sedaya upaya yang mungkin untuk mendapatkannya.
Seseorang yang cintakan harta,akan buat apa sahaja untuk menambahkan harta yang sedia ada.
Seseorang yang cintakan alam akan menghargai alam sekitar.
Seseorang yang cintakan makanan akan mencari makanan yang terbaik untuknya.
Seseorang yang cintakan diri sendiri akan menjaga dirinya sebaik mungkin.
Seseorang yang cintakan manusia akan berusaha untuk melindungi cinta hatinya.
Seseorang yang cintakan Maha Pencipta akan berusaha untuk beramal untuk bertemu denganNya.


In short,as for me.
Cinta ni,sesuatu perasaan yang mana kita akan melakukan apa2 sahaja kerananya.
Kita akan berusaha untuk mendapatkannya.
Kita akan berusaha untuk menambahkan perasaan cinta kita terhadapnya.
Kita akan menghargai cinta itu seadaanya.
Kita akan melindungi sesuatu yang kita cintai.
Dan kita akan cari yang terbaik untuk kita cintai.

Percaya tak kalau Florist cakap,
Seseorang akan sanggup berkorban demi sesuatu yang dicintainya.
Caye tak? caye tak? caye tak?

Okei,
 Antara semua kat atas tu,
yang paling common sekali ialah,
CINTA PADA MANUSIA.
ahaaa,.cinta pada manusia.

Tengok zaman sekarang ni,
generasi muda sekarang.
Kapit sana.Kapit sini.
Couple sana,couple sini.
Couple.Kepit,Couple everywhere.

Itu kah cinta?
macam yang Florist cakap tadi,
Semua orang bebas untuk mendefinisikan cinta.
Dalam cinta itu sendiri ada 2 cabang.

Cabang pertama,Cinta yang berlandaskan agama.
dan
Cabang kedua,Cinta yang berlandaskan nafsu.

tapi kalau da berkepit kehulu hilir tu paham2 sendiri la cabang yang mana satu, ye dak? hehe

Cinta yang mengikut cabang yang betul,insyaAllah bersatu.
Cinta yang mengikut cabang yang tak berapa nak betul plak?
Kan ade je yang ikut cabang tak betol pun bersatu jugak?

okei. Bagi Florist la kan,memang la bersatu.
tapi kehidupan depa selepas tu macam mana?
Pandangan masyarakat sekeliling kt depa tu macam mana?

Eheh,kepada kanak2 kat luar sana,
nak bercinta?
tidak digalakkan.
tapi kalau hangpa nak go on jugak,lantak ah. Den dah kabo awal2.
Jangan menyesal.
Hangpa semua muda lagi.
Perjalanan masih panjang.

Berani jatuh hati,berani jugak la nak handle kalau hati tu pecah nanti. 
Ke acaner?
Think it over carefully sebelum cintakan seseorang.
Bagi cinta kat orang yang salah,merana hidup yop!
Satu lagi nak pesan.
Jangan terlalu cintakan seseorang tu,
Sebab belum tentu dia yang akan jadi pasangan hidup korang.

Macam banyak lagi nak tulis,
tapi asenya stop dulu kat sini.
Bersambung pulak lain kali.
Dah masuk waktu,Florist nak solat dulu.
Belum solat lagi?
dah3. jom2.
babai.


Cinta itu satu fitrah kejadian manusia.
tapi ingat,
Kenal tidak bermakna kawan,
Kawan tidak bermakna sayang,
Sayang tidak bermakna cinta,
dan
Cinta tidak bermakna kahwin.



P/S : this is just 2cent thought from me. do correct me if im wrong. love u guys. =)

Jerebu oh Jerebu

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi
Good Morning
Salam Sejahtera

Great Morning.
Matahari menyinar terang,
Angin sepoi2 bahasa,
Udara yang nyaman(even jerebu sikit2)
 Tengok sebelah kanan rumah,sawah padi terbentang luas,
Tengok depan rumah,halaman rumah yang luas(at least for me)
Tengok belakang rumah,ada highway yang belum digazet lagi
Tengok bawah rumah,macam2 ada
Tengok sebelah kiri rumah,ada rumah jiran2.
Tengok atas,langit biru luas terbentang saujana mata memandang.
What a great view,
What a great day.
Syukur alhamdullilah. =)

Pagi ni,sama waktu dengan kelmarin.
Apa yang hendak ditulis kali ni?

JEREBU

Yes, you read it right. Jerebu.
Baru2 ni negara kita digemparkan dengan kes jerebu yang tak pernah selesai tiap2 tahun.
Jerebu kat negara kita ni biasanya terjadi akibat pembakaran hutan negara jiran.
Memang  langsung tak hairan la kalau terjadi kes jerebu kat negara ni.
Cuma yang pada tahun ini,
kes jerebu agak teruk.
Walaupun bukan pada bacaan IPU yang paling teruk dalam sejarah negara,
tetapi sesetengah tempat tu,yakni kat Johor,
bacaan IPU sangat2 tinggi.

Jerebu,iaitu pencemaran udara,turut dikaitkan dengan fenomena El Nino.
Jerebu boleh mengakibatkan banyak penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
Lelah,paru2,dll.
Jerebu jugak boleh mengakibatkan berlakunya penghasilan taik hidung yang lebih rapid.

What to do?
As a human,
kalau nak survive jerebu,
perkara yang perlu dibuat ialah.,
jangan kuar rumah.
pastu pakai la mask. yang tutup hidung ngan mulut tu.
Air suam kena minum banyak2.
err..tu je la kot. 
maaf,ilmu tak banyak sangat.
my bad.my bad. my bad.

Ah ye,
Pencemaran udara kali ni,
mengingatkan penulis kepada satu sajak.
Sajak yang ditulis oleh sasterawan negara, A. Samad Said


The Dead Crow

He saw a dead crow
in the drain
near the post office.
He saw an old man
gasping for air
and a baby barely able to breathe
In a crowded morning clinic
This land is so rich
Why we should suffer like this?

I want clean air
For my grandchildren.
I want the damned fools
To leaved the forest alone
I want the trees to grow,
The rivers run free
And the earth covered with grass
Let the politician plan how
we may live in dignity
Now and always.


Sekian untuk kali ni,
Lapar nak makan neh.
korang da makan?
moh le join sekali.
babai

Tips,Tips,Tips

[AMARAN]
-Entry ini untuk golongan bujang yang sudah menemui seseorang yang berkenan di hati untuk dijadikan sebagai pasangan hidup-






















Assalamualaikum,

Kahwin. ehem ehem,.diulangi,.kahwin.
YA!! KAHWIN!
Anda tidak silap,
memang saya maksudkan dengan KAHWIN!!
Ikatan perkahwinan antara lelaki dan wanita!!
Tali pernikahan antara dua jantina!!

Yahaa,.berbicara mengenai kahwin,
mesti ramai yang suka cakap sal ni kan?
Kahwin,.

Bagi remaja,bila disebut Kahwin,apa yang terlintas di benak fikiran mereka ialah
Sesuatu yang menarik,menyeronokkan,halal,blablabla
haa,betul la tu.
Tapi macam ada something yang tak kena kan?
Ape dia ek?
okei. macam ni,
dalam berbicara mengenai keasyikan alam rumah tangga,
Dua perkara yang sering dilupai oleh ramai orang.
iaitu :

1. Kahwin is all about tanggungjawab.
2. Perkahwinan ini bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita,tapi juga "berkahwin" dengan keluarganya.

eheee,.ingat leklok 2perkara tu. okei?
so,apa masalahnya?
taktahu cara nak approach ea?
okei. Ni ada 3 tips serba ringkas untuk hangpa suma. =)





Tips yang pertama
-Berkenalan dengan ibubapanya-

ahaa,..ingat ye kawan2,anak2 sekalian,.
takda guna kalau korang saling menyintai,tapi hubungan korang tak direstui ibubapa.
tak berkat kot perkahwinan tu.
Jangan nak kahwin lari plak.
Malu family.
Faham?

Korang perlu,kena,dan harus amik hati ibubapa pasangan korang tu.
Tengok ngam ke tak ngam depa tu dengan korang.
Kalau ibubapa dia dah berkenan,senang la keje.
Silap2 haribulan,minggu depan terus korang dapat nikah.
haa.,kan best tu. kan?kan?kan?

So,korang kena la pandai2 amik hati mereka,
jaga adab,jaga pertuturan,
jangan cakap sal politik,melainkan kalau korang dengan ibubapa pasangan korang tu menyokong parti yang sama. hehe

jangan takut untuk berbicara dengan parents partner korang tu,
sebab sebagai parents,mereka nak orang yang berani untuk anak mereka.
Buktikan yang koran ni berani.
Alaa,.borak2 je kot. =)
get it?
easy right?


Tips yang kedua
-rapati ahli keluarganya/adik beradiknya-


heee,.sama macam yang tadi.,lepas baik dengan parents,turn untuk amik hati adik beradik dia pulak.
kenapa?
Sebab,.adik beradik dapat mempengaruhi parents dan partner korang tu taw!

Cuba bayangkan,
korang kedekut dengan adik beradiknya,
memang sah sah la akan tersebar berita yang korang ni kedekut,tak boleh ditumpang,blablabla
ingat,
berita buruk biasanya dapat tutup perkara baik yang korang ada.
faham tak apa yang cuba disampaikan ni?
Ambil hati family dia,
rapati mereka,bergaul dengan mereka.
Get it?
easy right? =)



Tips yang ketiga
-Percepatkan urusan perkahwinan-


Benda baik,terutama sekali bab2 bina masjid ni,tak elok dibuat lambat2. kan?
Cukup segala keperluan,wang tanggunggan cukup,restu keluarga dah ada,
haa,.tunggu apa lagi,
kahwin la.

Tak payah nak couple bagai.
Takdak guna korang duk bercinta monyet berapi berjanji itu ini,tapi hala tuju ntah kemana.
Parents da bagi green light tu.,tunggu apa lagi kan?

Ehee,.
tunggu lama2 kang nanti terlepas pulak.
baru la padan muka.
Adat manusia kurang sabar,

Ce pikir,tengah korang syok duk bercinta.,main buaian dalam taman mimpi,
pastu tetiba,datang sorang mamat giler segak melamar awek korang,
Awek korang pun setuju.

yelah kan,.couple 5 6 tahun,still tak kahwin even dah dapat greenlight.
Ni ada orang yang ajak kawin, sape yang taknak kan~
kan da jadi cinta lepas nikah plak. hihi





Okei,.i guess thats all about this what so called tips.
harap dapat la membantu sedikit sebanyak.
Nanti kalau dah kahwin,bertanggungjawab la sebagai suami isteri.
Saling tolak ansur,
harmoni rumah tangga. =)
dan bagi yang dah kawin tu,jangan la guna cara ni plak.
mau menangis orang rumah satgi. haha




ikut syariat, bukan adat. 
hidup berkat, dilimpahi rahmat 

Minat

Minat.
Ada apa dengan minat?
Apa kaitan minat dengan kerjaya?
Apa kaitan minat dengan kursus yang diambil?

ahaa~
As for me,minat ni main peranan penting dalam setiap perkara yang dilakukan.
Kenapa?
Sebab bila kita minat dengan sesuatu perkara,kita akan buat benda tu bersungguh2.
Betoi tak? an? an? an?

Alaa,.
Macam ni la contohnya,.
Korang minat kereta.
Mesti la korang akan buat sedaya upaya korang nak bagi kereta korang tu nampak cool,mantap,bergaya.
betoi tak? an?an?an?

Sebab tu la pentingnya minat ni. =)
Oh wait,pasai pa aku tulis sal minat ni?

Ahhaa,.macam gini citernya,
Baru2 ni,agak ramai yang kepelikkan bila aku bagitau dorang
"Saya pilih bidang Linguistik"

dan macam2 reaksi yang aku dapat.
antara yang paling common
"eish,.kau ni betol ke idak ni? linguistik? kamon la,."
"linguistik? ape tu?"
"laa,.kau nak linguistik,kau nak keje ape?"
"Linguistik susah woo,.ada sorang member aku duk obesi nuh,hari2 nangis sal ni"

And me just,.
whoaa,.chill guys,.
lets make this thing easy.
Firstly,.minat.
Bila dah minat,yang susah jadi senang.
Get it?

Yang kedua.
Nak kerja apa?
Again,lets make it easy.
Bila kita berjaya duk kat carta teratas,
Bila kita boleh duk terkedepan berbanding student lain,
Bila kita maintain result 3.8 ke atas,
BIASANYA,kerja yang booking kita.
bukan kita yang cari kerja.
Get it?

So apa kaitan?
Again.
Minat+Usaha=Susah mana pun pasti berjaya.

Tapi of kos la doa pun kena ada bahhh.
My cikgu selalu cakap
"Takda guna kalau bijak tapi hubungan dengan Allah tarak. Kejayaan tu takkan kekal lama"


One more thing about my minat is,me suka menulis.
tu antaranya la..
Walaupun my tulisan tu tak menarik,tapi i enjoy menulis.
Melalui tulisan,kita boleh ungkap apa yang tidak terungkap melalui kata2.
Setuju tak? =)



Melalui penulisan,satu "dunia" baru dicipta. "Dunia" yang menafikan realiti. "Dunia" di mana fantasi,impian,dan angan2 menjadi realiti. Selamat datang ke Dunia Penulisan..