Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Malam.
Cuaca malam ni oke jep
Tak panas sangat.
Tak sejuk sangat.
Sederhana.
Florist sebenarnya duk kat Johor ni.
Ada urusan sikit kat sini.
Malam ni baru ada kesempatan sekejap nak bukak blog.
eheh,sibuk mengalahkan pak menteri, ye dak? haha
Malam ni,
di kesempatan ini,
Florist nak berbicara mengenai PURDAH.
Yes,
Purdah.
Florist rasa dah ramai yang tahu purdah ni ape kan?
Aaaa?
Ada yang tak tahu?
Takkan la kot.
[contoh]
haa,.macam tu la purdah.
Nama lain bagi purdah ni ialah niqab.
Purdah atau Niqab ni macam penutup muka la.
Biasanya dipakai oleh golongan wanita.
Bila kita tengok orang yang pakai purdah ni kan,
mesti bermacam-macam yang bermain dalam kepala kita kan?
Kenapa dia tutup muka dia?
Dia ni orang jahat ke?
Dia selesa ke pakai macam tu?
Apa yang dia pakai tu?
See?
Memang Florist yakin la persoalan2 ni pernah ada dalam kepala korang. kan?
Biasanya kanak2 la yang suka tanya macam2 ni.
So,dah jadi tanggunjawab ibu bapa untuk bagi jawapan yang terbaik untuk anak2.
Jawapan yang bernas dan jujur.
Jangan nak menakutkan anak2 pulak.
Ini tidak,
Bila anak tanya kenapa dia tutup muka,
Jawapan parents
"Dia tu orang jahat. Jangan tengok dia. Bahaya"
Nampak tak?
Nampak tak betapa prejudisnya masyarakat sekarang terhadap golongan berniqab?
"Kau tahu kenapa dia pakai purdah? Sebab dia nak tutup love bite dia la tu"
Nampak tak?
Nampak tak pemikiran orang kita? BURUK!!
Kenapa sampai macam tu sekali masyarakat judge orang berniqab ni?
Apa salah mereka?
Masyarakat cakap sebab nak tutup love bite.
Mana dia tahu ada love bite?
Dia tengok sendiri ke?
See?
Tak pepasal jadi fitnah.
Memburuk2an orang lain dengan fitnah. Jijik.
Florist tak suka orang macam ni.
Ada satu hari tu,
Florist ada dengar perbualan antara dua orang lelaki
"Bro,aku ingat nak cari pompuan yang pakai purdah la nak wat bini"
"Pompuan purdah? haha. baik tak payah la wei. dorang tu bukan baik sangat. Hipokrit!! Sepupu aku yang baru balik dari Jordan sana cakap,kat sana berlambak pompuan pakai purdah. Yang dulu2 tak pernah pakai pun. Pergi Jordan je baru pakai. alaa..konon nak berubah. Padahal nak tarik perhatian golongan ustaz2. Pernah satu hari tu,ada sorang awek purdah ni pergi umah kawan sepupu aku. Dorang pergi ramai2 la. Tapi awek ni,sepupu aku nampak dia duk gayut dengan sape ntah. Lama giler kot! Siap gelak kikiki lagi. humph,.borak ngan jantan upenya. Pakai purdah je lebih. Sebab tu aku gitau kau tadi, tak payah nak cari pompuan purdah. Ntah ada apa di sebalik purdah tu."
Allah,
Kenapa sampai teruk macam tu pemikiran orang kita ni?
Kenapa nak bersangka buruk dengan orang lain?
Salah ke kalau dia nak berubah?
Kenapa nak perlekehkan orang yang berubah ke arah yang lebih baik?
Kita ni dah cukup baik ke?
Dalam kes ni sama je la bila kita tengok orang duk study,
kita pun pergi kat dia,pastu cakap
"Wey. kau study ke? tak payah la. Bukan boleh jawab pun exam tu. Dah3. tutup buku, Jom enjoy"
Kenapa kita nak lunturkan semangat orang lain?
Kenapa?
Kalau kita tak boleh nak ubah diri kita,kenapa orang lain pun kita taknak bagi berubah jugak?
Kita sepatutnya gembira bila ada orang nak berubah jadi baik.
Kita patut bantu dia.
Bukan lunturkan semangat dia.
Tak faham la dengan orang kita ni.
Nak tarik perhatian ustaz2?
Kalau dah tahu niat tu salah,tak boleh ke kalau tolong betulkan.
Tolong bimbing yang mana patut.
Soal dia nak dengar ke tidak teguran tu suku kira.
Yang penting,kita tegur.
Gayut dengan lelaki sambil gelak kikiki?
Tak boleh ke kalau pikir positif?
Mana la tahu dia cakap dengan adik dia ke,abang dia ke,ayah ke,suami ke,
husnudzon la.
Husnudzon ni ubat untuk hati tau.
Kawan dia tu kemain lagi baik punya niat nak kawin dengan orang pakai purdah,
dia tolong gelakkan pulak. hadoyy..
at least tolong jugak kan? watever~ =,=''
Ubah la mentaliti tu.
Kenapa kita nak pandang serong kat orang yang tak buat salah apa2?
Dia berniqab,ada ganggu orang lain ke?
Takde kan?
Dia berniqab,ada buat orang lain tak selesa ke?
Takde kan?
So what's the problem?
Selain tu,
ada jugak yang cakap pakai purdah,tapi hati tak ikhlas.
Alamak ai,
mana tau hati tak ikhlas ni?
Ukur guna Ikhlas-O-Metre ke acaner neh?
Ikhlas ke tak,suku kira.
Yang penting dia tutup aurat dia.
Dia jaga aurat dia.
Bukan macam sesetengah orang tu.
Bukak sana sini.
Nak tunjuk kat sape ntah.
Public show la kot.
Purdah.
Ada jugak yang cakap
"ni yang pakai tutup muka ni bajet lawa la neh"
"alaa,.dia bukan lawa sangat. Nak pakai purdah konon"
Alamak ayy,.
Kenapa nak pakai purdah pun mesti ikut paras rupa?
Tujuan utama pemakaian purdah ni,
bagi Florist la kan,
Sebab nak cover aurat.
Eh tak cukup ke dengan pakai tudung dengan baju kurung?
Hello,
yang you study siang malam sampai mata jadi macam Panda tu ke kenapa?
Nak berjaya dengan cemerlang?
Tak cukup ke dengan study kat dalam kelas je?
Haa,.see?
Sama la dengan pemakaian purdah ni.
Nak jadi muslimah yang cemerlang.
Kalau korang tamau cemerlang,jangan la ganggu orang lain yang nak cemerlang.
Bukan merosakkan hidup masyarakat pun.
Ke acaner?
Masyarakat,
Kenapa mesti berfikiran sempit?
Dah la sempit,Negatif pulak tu.
kenapa mesti macam ni..
Kenapa mesti memandang si pemakai purdah ni dengan keganjilan?
Apa salah mereka?
Mereka nak jaga hubungan antara lelaki dan perempuan,masyarakat tak puas hati.
Kalau mereka berbaik dengan lelaki,masyarakat kata gedik.
Kenapa selalu tidak puas hati?
Kita sepatutnya bangga bila ada orang nak berubah jadi baik macam ni.
Tapi ye lah,
manusia kan.
Sentiasa tak puas hati.
Sentiasa menganggap diri mereka tu betul.
Sentiasa memandang kesalahan orang lain dan menganggap diri sendiri tu perfect.
Manusia.
Manusia.
Manusia.
I guess,setakat ni je la dulu untuk entry ni.
Hope korang boleh amik iktibar yang mana patut.
Ubah yang mana patut.
Generasi berilmu,itu yang kita nak sekarang ni.
Florist pun bukan orang baik.
Banyak kurang sana sini.
Dan yang pasti,Florist sentiasa memperbaiki diri ini.
Florist tak mampu baiki sorang,
Kadang2 perlukan orang lain untuk membantu.
Ah ye,
jam dah pukul 1.25 AM.
korang tak ngantok lagi?
dah3.
jom tido.
babai.
SESUNGGUHNYA ISLAM DATANG DALAM KEADAAN YANG ASING DAN AKAN KEMBALI PULA DALAM KEADAAN ASING.
MAKA BERBAHAGIALAH ORANG2 YANG DIKATAKAN ASING.
-RIWAYAT MUSLIM-
No comments:
Post a Comment