Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Pagi
Pagi ni,
Cuaca elok,
Tak panas,
Tak redup,
Sedang2 aja.
Awan banyak kat langit pagi ni.
Subuh tadi pun berangin sikit.
Okei la. nyaman.
Alhamdullilah.
Okei,berkenaan tajuk pagi ni.
DEWAN RAKYAT
yes.
Dewan Rakyat.
You read it right. tahniah !! haha
Time korang baca ni mesti korang ingat entry ni sal politik an?an?an?
Salah tu~
Bukan nak berpolitik ni.
PRU pun da lama berlalu kan.
Nak berpolitik pun ada masanya.
Jangan tiap2 masa nak cakap2 politik.
Nanti orang panggil gila politik pulak.
Ke acaner?
Lain la kalau kita ni ahli politik.
Boleh la nak cakap2 politik 24/7.
Tapi kalau cakap politik saja pun takda guna.
Kerja tu kena buat jugak.
Orang dah bagi amanah,kena la laksanakan.
Kena la komitmen dengan kerja.
Jangan tipu2.
Tak baik.
Dosa.
Ke acaner?
Okei.
Dewan Rakyat.
Apa itu Dewan Rakyat?
Korang google la ye. Cek kat Wikipedia.
Malaih den nak tulis definisi pasal Dewan Rakyat. hehe
Mesti korang tertanya-tanya kan?
Kenapa Florist nak tulis pasal Dewan Rakyat hari ni?
nak tau x?
Sebabnya semalam baru je depa ni bersidang.hehe
Tetiba kan,Florist terpikir,
Rakyat Malaysia.
Berapa ramai rakyat Malaysia melihat dan menonton sesi Dewan Rakyat ni?
Tak kira la tengok kut tv ka,.tengok live depan mata sendiri ka,.tengok kut youtube ka,.
berapa ramai agak2?
Asenya tak ramai pun yang tengok benda ni.
Florist dulu pernah gak tengok sesi bersidang ni.
Tapi bukan Dewan Rakyat la.
Florist tengok Dewan Undangan Negeri je.
Ada rombongan time form6 dulu bagi subjek Pengajian Am.
Kenapa mostly rakyat Malaysia tak tengok Dewan Rakyat?
Jawapan mereka mungkin lebih kurang je.
1. Gua tak layan politik r.
2. Dewan Rakyat? ewww,.tamau arhh,.itew dengaq tu tempat orang politik gadoh. iteww ta suka la gadoh2 ni.
3. PakCik bukan taknak tengok. Tapi PakCik nak tengok Karoot Komedia. PakCik minat Nabil. Waktu siaran tu tak berapa nak sesuai la nak.
Nampak tak?
Nampak tak mentaliti rakyat kita?
Orang2 yang macam ni la yang akan memimpin negara satu hari nanti.
Dan orang2 yang inilah kalau tiba musim pilihan raya,yang akan duk barisan depan
dalam bab nak sembang politik.
Bila ditanya dari mana dapat sumber?
TV,Paper yang berat sebelah,Blog.
dan sumber yang paling best
"Aku dengar sendiri apa yang orang lain cakap. Nampak macam betul je. Betul la kot"
Cuba tengok dari sudut positif sal Dewan Rakyat ni.
Dari Dewan Rakyat,kita dapat menilai seseorang pemimpin itu.
Dari Dewan Rakyat,kita dapat tengok kredibiliti seseorang pemimpin itu dari segi
1. Ucapan
2. Etika
3. Kehebatan berhujah
4. Dan lain lain
Kadang2 sikap atau perangai sebenar pemimpin ni dapat kita tengok melalui sesi Dewan Rakyat.
Ye la kan,
kalau tengok depan2 ni,memang gerenti la dorang berpura-pura.
Nak tarik hati pengundi.
Biasa la tu. Politik.
Biaq pi la yang tu.
Tu hal depa.
Kita sebagai rakyat la yang akan menilai mereka.
Mereka buat la apa pun,
Kalau kita tak undi,depa tak menang.
Ke acaner?
Dewan Rakyat,
Bagi Florist,
dapat mematangkan fikiran rakyat dalam berpolitik.
Dewan Rakyat dapat membuatkan rakyat menilai sendiri,
Yang mana pemimpin yang hebat.
Permatang Pauh ka,.Pekan ka,.mana2 je la.
Korang boleh judge sendiri berdasarkan cara mereka bercakap dalam Dewan rakyat.
Dewan Rakyat dapat mendedahkan kita dengan isu2 terkini.
Dapat melatih kita cara untuk berdebat.(bagi yang minat debat)
Dapat mematangkan pemikiran rakyat.(dari segi politik)
Dan yang paling penting,
dapat membuatkan rakyat berfikir,menilai,dan memilih
pemimpin untuk masa depan negara.
Err..setakat tu je la kot dulu.
Panjang lagi nak tulis ni.
tapi..lapau la.
Korang da makan?
Jom makan.
Hari ni ada nasi goreng,
jom3.
babai
No comments:
Post a Comment