Thursday, June 27, 2013

Putus Cinta

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Petang
Cuaca petang ni okei.
Sederhana.
Tidak terlalu panas.
Mendung.
Tapi tiada tanda hujan akan turun.

Bak kata pepatah,
Berdentum guruh di langit,air tempayan dicurahkan.
Ertinya melepaskan apa yang ada kerana hendak mengejar sesuatu yang lebih besar dan akhirnya mengalami kerugian.
Tapi bagi situasi pada petang ni,
Cuaca mendung tidak semestinya hujan.
Cuaca panas tidak semestinya kemarau.
atau dalam kata lainnya,
Tidak ada sesuatu yang pasti dalam dunia ini.

But don't worry.
Entry ni bukan hendak berbicara tentang cuaca,
jauh sekali hendak berbicara mengenai air di dalam tempayan.
Entry kali ini sekali lagi Florist ingin berbicara tentang 
CINTA.

Yes,again.
Kita berbicara sekali lagi tentang cinta.
Jika entry sebelum ini kita berbicara mengenai
"Apa itu cinta?"

Entry kali ni kita berbicara pula mengenai
"Putus Cinta"


Putus Cinta.
Kenapa putus cinta?

Putus cinta ni mengikut kajian yang Florist jalankan,
biasanya dan selalunya terjadi kepada orang2 yang sedang bercinta. 
Tidak kira samaada mereka bercinta hanya untuk seketika atau dalam jangka masa yang lama.
Putus cinta ni,
sebenarnya perkara biasa.
Sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai.
apatah lagi yang bercinta.
yang belum ada apa2 ikatan.
ke acaner?

Persoalannya sekarang ni,
Kenapa putus cinta?
Banyak sebab mengapa ramai pasangan bercinta ni putus.
Kajian yang Florist buat ni merangkumi masa berkurun kurun.
Dan kajian ni masih belum tamat.
Setakat ni ada 10 sebab kenapa putus.
Antaranya :

1. Tidak sehaluan
- Ahaa,tidak sehaluan biasanya alasan yang paling common sekali dalam episod putus cinta ni.
Biasanya terjadi apabila tidak sependapat.
Biasanya la.
Tapi biasanya jugak pasangan yang putus cinta sebab tidak sehaluan ni
sebenarnya bukan tidak sehaluan.
Tapi dah tawar hati.
Dia rasa boring sesangat.
Oleh sebab tak sanggup nak cakap tawar hati,tambah2 lagi bila pasangan dia tu takda apa kesalahan,
so,dia cipta la isu.
Pastu cakap "Sorry b,kita dah tak sehaluan."
Nampak tak permainannya? Nampak tak?


2. Tidak sekufu
-Tidak sekufu ni biasanya melambangkan darjat.
Yang kaya perlu partner dengan orang kaya.
Yang kurang kaya perlu partner dengan orang kurang kaya.
Haa.,pemikiran macam ini lah yang kita tak mahu.
Macam takda beza dengan Rasis.
kan?
Cinta sejati tidak mengira darjat.
haaa,.gituuww.
Banyak je yang tak sama darjat tapi elok je kahwin.
Ni masalah dengan family ni.
Anak dah elok dengan pasangan dia.
Family pulak yang tak bagi.
Jatuh martabat katanya.
Ingatlah pembaca2 sekalian.
Darjat tak boleh dibawak kemana.
Faham tak?Faham tak?

3. Kena main
-Ahah! Jangan tertipu dengan janji manis lelaki. (perempuan pun)
Kalau nak main cakap2 manis ni,
Semua orang boleh.
Cuma yang bezanya,
Tahap kepakaran.
Level Kemanisan Mulut tu.
Makin tinggi level,makin efektif.
yang terpedaya dengan janji manis ni la yang kesian.
memang kesian.
Punya la dah bagi harapan,berjanji segala bagai.
Nak bina istana la,beli pulau la,ape la.
Last2.
Bila da boring,.
kena tinggal.
Ingat la wahai kaum Adam dan Hawa.
jangan mudah terpengaruh dengan janji manis.
nanti merana diri.
Dengar janji takpe,percaya jangan.
Faham?

4. Orang ketiga
-Haaaa,.yang ni memang bikin panas hati.
Bukan korang je yang panas hati.
Florist yang tengok drama2 dalam tv pun memang panas hati kalau ada kes macam ni.
uyyy,.panas!
Panas kat sapa?
Panas kat dua2 orang yang terlibat tu.
Yela kan.
Yang sorang tu,gatai merenyam dengan pasangan orang lain.
Yang sorang lagi tu tak reti2 nak setia.
Dua2 salah.
Haa,.si mangsa ni pulak,
Mungkin tak pandai nak amik hati sangat. (even dia cakap dia dah cuba yang terbaik)


5. Cinta terhalang
-Yang ni memang tak boleh nak kata apa dah.
Terhalang dek family.
Macam citer hindustan dalam tv tuh.
Tapi yang tu takpe la.
Cinta depa kuat.
lagipun,
Tu cerita dalam tv,
pengarah yang setup suma tu.
Tapi jenis yang macam ni.,
antara yang kesian la jugak. =(

6. Tidak sabar
-Lack of kesabaran.
Yang ni,memang salah sebelah pihak.
Tidak sabar apa?
Tak sabar nak kahwin la.
Tak sabar nak itu la 
Tak sabar nak ini la
Sabar.
Sabar.
Tataw la kenapa dia tak sabar2 nak kahwin.
Taknak wat dosa la kot? mungkin?
Tapi masalahnya,
Pasangan dia ni,
Dah usaha dah.
Macam2 dah dia buat.
Kesian la kan?
Last2 putus.
Sedih2.

7. Terlalu sensitif/negative thinking
-Haa,.yang ni lagi satu.
Terlalu sensitif,
hal kecik,diperbesarkan.
Contoh la kan,
Gara2 tak balas mesej,terus majok 5 hari 5 malam.
Tu dah pujuk tu.
Kalau tak pujuk?
Bila korang da bagi macam2 sebab kat dia,
nak perjelaskan kenapa dorang tak balas mesej
korang cakap macam ni contohnya
"Sori,ayg ttido semalam"
dan dia jawab
"Ahh,.tipu! you ada orang lain"
haa,.yang ni memang la negatif.
Negatif ni tak bagus dalam perhubungan tau.

8. Cemburu buta
-Cemburu buta atau cemburu yang tidak bertempat ni biasanya jugak boleh mengakibatkan hubungan cinta putus.
Ye la kan. 
Korang berkawan je dengan orang tu.
Pastu dia cakap korang kapel dengan orang tu.
tambah2 lagi kalo korang study group sesama dan tak balas mesej yang tersayang.
Memang konfem2 korang kena dengan pakwe/makwe korang.
Tapi kalau pasangan tu prihatin,
memang dia akan faham.
Tapi kalau jenis yang cemburu buta macam ni,
cakap la papepun,
memang dia nak tekad dengan apa yang dia nampak dan rumusan yang dia buat sendiri.
so,putus.
sedih2.

9. Tidak memahami
-Tidak memahami. Salah satu tanda yang pasangan tu akan putus.
Si dia sentiasa inginkan korang ada disisi dia.
tak kira masa.
tak boleh face to face,teman kut mesej pun jadi lah.
Time korang tak balas mesej dia?
Mula la dia meragam.
Cakap korang takda disisi dia time dia memerlukan la.
Cakap korang ni jenis tak ambik berat la.
Cakap korang ni tak prihatin la.
Sedangkan dia lupa.
Bahawa korang pun ada kerja yang korang perlu selesaikan.
Dan dia juga lupa,
bahawa selama ni korang yang ada disisi dia.
Tidak memahami ini menyebabkan putus cinta.

10. Sentiasa mencari yang lain
-Yang ni. Memang la putus. Kalau tak putus hari ni,putus esok.
Dia sentiasa mencari yang lain.
Dia gemar membanding2kan korang dengan orang lain.
Sering mengutuk korang dan memuji orang lain.
Puji biasa2 oke lah kan.
tapi ni puji macam orang yang dipuji tu partner dia.
Time korang ada keje dan tak dapat nak balas mesej si dia,
Si dia pun mesej dengan orang lain.
Kalau mesej macam kawan takpa.
Ni mesej macam nak flirt.
dengan siapa?
dengan orang yang dipuji tu.
uwww,.panas bak hangg.
Lepas tu boleh pulak dia puji cakap kat korang yang budak dia admire tu romantik la,
sweet la,ape la.
haa..ni memang tak lama ni.
Memang konfem2 putus ni.


Okei.
Cukup 10 sebab.
Mungkin kalau Florist dapat dana lagi,
Florist akan teruskan kajian ni lagi.
Nanti ada info lagi sal ni,
Florist share dengan korang.
okei?

Yang mana yang tengah couple tu,
kalau ada masalah macam yang dinyatakan kat atas tu,
faham2 je lahh..
Tapi ingat.
Bukan semua masalah ada jalan buntu.
Ada je penyelesaiannya.

Setakat tu je la kot untuk petang ni.
Nak makan pisang goreng.
Daddy itew belikan tadi.
Korang nak makan?
Moh le sekali.
Babai.


Cuaca,sukar untuk dijangka.
Begitu juga cinta.


tetiba langit gelap nak hujan.
ada guruh lagi.
tadi macam tak.

No comments:

Post a Comment