[AMARAN]
-Entry ini untuk golongan bujang yang sudah menemui seseorang yang berkenan di hati untuk dijadikan sebagai pasangan hidup-
Assalamualaikum,
Kahwin. ehem ehem,.diulangi,.kahwin.
YA!! KAHWIN!
Anda tidak silap,
memang saya maksudkan dengan KAHWIN!!
Ikatan perkahwinan antara lelaki dan wanita!!
Tali pernikahan antara dua jantina!!
Yahaa,.berbicara mengenai kahwin,
mesti ramai yang suka cakap sal ni kan?
Kahwin,.
Bagi remaja,bila disebut Kahwin,apa yang terlintas di benak fikiran mereka ialah
Sesuatu yang menarik,menyeronokkan,halal,blablabla
haa,betul la tu.
Tapi macam ada something yang tak kena kan?
Ape dia ek?
okei. macam ni,
dalam berbicara mengenai keasyikan alam rumah tangga,
Dua perkara yang sering dilupai oleh ramai orang.
iaitu :
1. Kahwin is all about tanggungjawab.
2. Perkahwinan ini bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita,tapi juga "berkahwin" dengan keluarganya.
eheee,.ingat leklok 2perkara tu. okei?
so,apa masalahnya?
taktahu cara nak approach ea?
okei. Ni ada 3 tips serba ringkas untuk hangpa suma. =)
Tips yang pertama
-Berkenalan dengan ibubapanya-
ahaa,..ingat ye kawan2,anak2 sekalian,.
takda guna kalau korang saling menyintai,tapi hubungan korang tak direstui ibubapa.
tak berkat kot perkahwinan tu.
Jangan nak kahwin lari plak.
Malu family.
Faham?
Korang perlu,kena,dan harus amik hati ibubapa pasangan korang tu.
Tengok ngam ke tak ngam depa tu dengan korang.
Kalau ibubapa dia dah berkenan,senang la keje.
Silap2 haribulan,minggu depan terus korang dapat nikah.
haa.,kan best tu. kan?kan?kan?
So,korang kena la pandai2 amik hati mereka,
jaga adab,jaga pertuturan,
jangan cakap sal politik,melainkan kalau korang dengan ibubapa pasangan korang tu menyokong parti yang sama. hehe
jangan takut untuk berbicara dengan parents partner korang tu,
sebab sebagai parents,mereka nak orang yang berani untuk anak mereka.
Buktikan yang koran ni berani.
Alaa,.borak2 je kot. =)
get it?
easy right?
Tips yang kedua
-rapati ahli keluarganya/adik beradiknya-
heee,.sama macam yang tadi.,lepas baik dengan parents,turn untuk amik hati adik beradik dia pulak.
kenapa?
Sebab,.adik beradik dapat mempengaruhi parents dan partner korang tu taw!
Cuba bayangkan,
korang kedekut dengan adik beradiknya,
memang sah sah la akan tersebar berita yang korang ni kedekut,tak boleh ditumpang,blablabla
ingat,
berita buruk biasanya dapat tutup perkara baik yang korang ada.
faham tak apa yang cuba disampaikan ni?
Ambil hati family dia,
rapati mereka,bergaul dengan mereka.
Get it?
easy right? =)
Tips yang ketiga
-Percepatkan urusan perkahwinan-
Benda baik,terutama sekali bab2 bina masjid ni,tak elok dibuat lambat2. kan?
Cukup segala keperluan,wang tanggunggan cukup,restu keluarga dah ada,
haa,.tunggu apa lagi,
kahwin la.
Tak payah nak couple bagai.
Takdak guna korang duk bercinta monyet berapi berjanji itu ini,tapi hala tuju ntah kemana.
Parents da bagi green light tu.,tunggu apa lagi kan?
Ehee,.
tunggu lama2 kang nanti terlepas pulak.
baru la padan muka.
Adat manusia kurang sabar,
Ce pikir,tengah korang syok duk bercinta.,main buaian dalam taman mimpi,
pastu tetiba,datang sorang mamat giler segak melamar awek korang,
Awek korang pun setuju.
yelah kan,.couple 5 6 tahun,still tak kahwin even dah dapat greenlight.
Ni ada orang yang ajak kawin, sape yang taknak kan~
kan da jadi cinta lepas nikah plak. hihi
Okei,.i guess thats all about this what so called tips.
harap dapat la membantu sedikit sebanyak.
Nanti kalau dah kahwin,bertanggungjawab la sebagai suami isteri.
Saling tolak ansur,
harmoni rumah tangga. =)
dan bagi yang dah kawin tu,jangan la guna cara ni plak.
mau menangis orang rumah satgi. haha
ikut syariat, bukan adat.
hidup berkat, dilimpahi rahmat
No comments:
Post a Comment