Friday, September 27, 2013

Hilangnya Permata

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat Petang

Semalam,
26 September 2013,
Satu peristiwa telah berlaku di negara kita.
Peristiwa yang menyebabkan mata Florist banjir hampir sepanjang hari.
Rasanya korang pun tahu kan?

Ya.
Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah telah kembali ke rahmatullah
tepat jam 11.10 pagi itu.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Alor Setar.
Malam sebelum itu,beliau collapsed and koma.
Beliau sebelum ini menghidap penyakit kencing manis.
Dan keadaan beliau semakin pulih sebelum kembali menjadi makin teruk.

Ustaz Azizan seorang Ustaz yang agak tinggi ilmu agamanya.
Dan itu memang diakui.
Beliau yang pernah berganding dengan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu memang cukup dikenali ramai.
Walaupun ada yang mempertikaikan kaedah pentadbirannya,
tetapi dia lakukan semua itu kerana agama.
Hanya orang yang benar-benar mengerti akan faham apa yang dia perjuangkan.

Berehatkah wahai Murabbi.
Rehatlah dengan tenang di sana.
Kami di sini akan menyambung legasi perjuanganmu.
Teringat kata-katamu suatu ketika dahulu
yang lebih kurang begini ;

"Tiada Rehat,Tiada Persaraan Dalam Perjuangan Menegakkan Agama."

(Serba ringkas mengenai Allahyarham)

(Awan yang membentuk kalimah Allah kelihatan di dada langit ketika jenazah dibawa)

 (Jenazah selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang itu)

 (Jenazah Ust Azizan disembahyangkan di Masjid Markas PAS Kawasan Pokok Sena 
selepas solat Fardhu Asar)
 (Biarkan gambar berbicara)

(Sheikh Mahmud Siyam,bekas imam Masjidil Aqsa mencium arwah Ustaz Azizan)

 (Belasungkawa)




..moga rohnya dicucuri rahmat..
..perjuanganmu tidak akan terhenti..
..kami generasi muda akan menyambung perjuanganmu..
..berehatlah wahai Ustaz..
..al-Fatihah..



No comments:

Post a Comment