Tuesday, September 24, 2013

Dedikasi untuk "Tulip"

Nukilan ini didedikasikan kepada seseorang yang ku gelar "Tulip"



Untungnya dirimu,
Memiliki aku yang menyayangimu,
Merinduimu siang dan malamku,
Mengenangkanmu di setiap hariku.

Untungnya dirimu,
Memiliki aku yang mencintaimu,
Mengasihimu di setiap detik waktu,
Memujamu di setiap hembusan nafasku.

Ruginya dirimu,
Kerana tidak menyedari perasaan ini,
Kerana tidak menghargai kasih ini,
Kerana tidak mempedulikan cinta ini.

Namun begitu,
Engkau masih ku cinta,
Engkau masih ku sayang,
Engkau masih ku rindu.

Tidak pernah ku sesali,
Hari-hari ku mencintaimu,
Dan aku masih di sini,
Menunggu balasan cinta darimu.



Kolej 14,
Universiti Putra Malaysia.
15 September 2013.
_______________________________________________

Didedikasikan kepadamu Tulip.
Nukilan ini masih lagi tidak bertajuk.
Dan sangat berbesar hati sekiranya ada yang sudi memberikan cadangan untuk tajuk nukilan ini.
Tambah berbesar hati sekiranya Tulip sendiri yang memberikan nama untuk nukilan ini.

Sekian untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment