Tuesday, July 2, 2013

Sarcasm

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat pagi.
A great day today.
Burung2 berkicauan.
Ayam dan itik berkeliaran mencari makanan.
Matahari semakin meninggi.
Embun pagi mula tersejat dek bahangan suria.
What a great day.

And today,am gonna write an entry about Sarcasm.
Yes.
Sarcasm.
Hangpa semua tau tak sarcasm ni ape?
Sarcasm ni ala2 mengejek dalam kata2.
Satu kata2 yang tajam menusuk tepat ke hati atau kadang2 boleh
dikatakan "hambik kau setepek atas muka"
satu ironi.
some people said that sarcasm is an art.
Art of trolling maybe?

Biasa orang yang suka guna ayat sarcasm ni
akan berpegang pada satu ayat atau prinsip yang bunyinya lebih kurang macam ni
"My level of sarcasm depends on your level of stupidity"
Yes,
betul la tu.
Depends on your level of stupidity.

Biasanya orang yang guna sarcasm ni apa niat dia?
Nak ejek?
Nak tunjuk bagus sebab pandai sarcasm?
Nak tunjuk yang dia tak puas hati dengan certain2 things?
Semua di atas tu la kot.

Tak salah nak guna ayat sarcasm.
Tapi jangan la melampau.
Kadang2 orang boleh salah anggap dengan niat kita tu.
Kadang2 jugak orang boleh sakit hati dengan sarcasm tu.
Tak semua orang boleh terima cara kita.
That's the fact.

Dalam syok trolling,
Jangan lupa ada hati yang perlu dijaga.
Jangan pulak kita fikir
"alahh,aku cakap macam tu je kot. Yang dia nak butthurt pasai pa?"
Mungkin bagi si penutur tu,apa yang dia buat tu tak salah.
Benda simple bagi mereka.
Tapi,rambut manusia sama hitam.
Hakikatnya manusia itu berbeza.

Mungkin ada yang boleh terima semua tu,
Tapi ada jugak yang tak boleh terima.

Ada manusia yang boleh terima kalau kena tegur depan public.
Tapi ada manusia yang tak boleh terima kalau kena tegur depan public.

Kita tak boleh letak semua orang tu sama dengan kita.
Perumpamaannya macam ni.
"Kalau anda tak boleh makan ikan,tak semestinya orang lain pun tak boleh makan"
Get it?
Simple right?
Faham tak?

Sarcasm itu perlu.
Tapi bukan untuk digunakan setiap masa.
Jangan hanya pandai mengkritik.
Orang yang kuat mengkritik ni orang tak suka sangat.
Ye la kan,
Itu tak kena,ini tak kena,
Itu nak perli,ini nak perli.
Diri sendiri tu dah cukup bagus la ye nak kritik-perli orang setiap masa?
There is always a reason behind every action.
Fikir dulu sebelum kritik.
Jangan fikir nak fun je.


Sarcasm juga kadang2 boleh mengakibatkan salah faham.
Konon nak mengejek,
tapi boleh menimbulkan salah faham.
ada satu kes ni,
katanya dia ni sekadar sarcasm je.
tapi,cuba hangpa baca leklok statement dia
"Aku syiah. Ada masalah? Aku susahkan kau ke?"
Korang rasa,tu sarcasm ke ape?

Tengok keadaan jugak kalau nak sarcasm pun.
Jangan sampai makan diri.
Jangan sampai orang benci.
Okei?

Florist rasa setakat ni je dulu kot untuk entry kali ni.
Lapau.
Tak breakfast lagi.
Korang da breakfast?
Jom le sekali.
Babai.


TAK SEMUA ORANG BOLEH MAKAN IKAN.
DAN TAK SEMUA ORANG BOLEH MAKAN AYAM.
TAPI YANG PASTI SEMUA ORANG BOLEH MAKAN.


No comments:

Post a Comment