Sunday, July 7, 2013

Remaja dan Cinta : Jenis Crush

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat pagi
Cuaca pagi ni okei.
Takda tanda2 nak hujan.
Takda tanda2 nak ribut.
Takda tanda2 nak taufan.
Takda tanda2 nak kemarau.
Takda.TakdaTakda.
Just nice.

Entry kali ni tajuknya Jenis Crush.
Haa,.jenis crush.
Jenis yang macam mana?
Adakah jenis di sini bermakna spesis?
Atau mungkin jenis di sini membawa maksud golongan?
Atau tidak membawa maksud apa?
Hmm,.
frankly speaking,
Florist tak tahu nak guna istilah ape sebenarnya. hehe
Main hentam je.

Sebenarnya entry ni nak tulis semalam.
Tapi sebab semalam tu ngantok sangat.
So,Florist tulis tajuk je semalam.
Punya la lama nak pikir tajuk yang sesuai untuk entry ni.
Dah dapat tajuk,
Ngantok pulak daa.,
Jadi lepas tulis tajuk,
Florist save dalam draft.,pastu tido.

Alhamdullilah hari ni masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis entry ni.
Entry Remaja dan Cinta ni dah jadi macam bersiri pulak kan?
Takde la,.
Saje je buat macam ni,
Senang sikit nak baca atau nak search.
Ye dak?

Okei.
Jenis Crush.
Sebenarnya situasi atau fenomena Crush ni,
akan berlaku pada situasi yang tertentu sebelum berlakunya kejadian jatuh hati.
Ye dak?

Florist akan tulis secara ringkas tentang ni.
Tamau tulis panjang2 pepagi ni.
Nak tulis 5 jenis je.
Okei.
Terdapat banyak situasi yang menyebabkan berlakunya fenomena ni.
Antaranya ialah



1. Crush sekelas.
Haa,.macam gini.
Benda ni normal bagi kanak2 yang masih di bangku persekolahan.
Suka kat orang yang sama dalam kelas.
Lagi2 kalau orang tu duk kat belakang kita.
Melalui pergaulan dengan dia.
Secara automatik kita akan simpan satu perasaan kat dia.
Bermula dengan persahabatan,ianya akan bertukar menjadi sayang.
Daripada sayang bertukar menjadi rindu.
Dalam satu jangka masa yang tak tentu,
Perasaan tu akan mengembang dan berevolusi dengan sendiri.
Ye dak?


2. Crush tempat belajar
Lagi di alam pembelajaran.
Suka kat orang yang belajar di tempat yang sama dengan kita.
Perkara ni jugak normal. (sebenarnya semua normal)
Walaupun tidak belajar dalam kelas yang sama,
tapi perasaan suka itu wujud dengan hanya melihat kepada gayanya sahaja.
dan ada je yang jatuh hati dengan paras rupa.
yang tu memang super normal la kan.
Yang crush dengan orang yang sama tempat belajar ni biasanya,
crush tu lebih tua dari dia,
atau sama umur dengan dia,
atau lebih muda dari dia.
ye dak?
(semua orang taw sal ni sbenanya)


3. Crush dengan cikgu
Haa,.yang ni tak bleh blah.
jarang berlaku macam ni.
Crush dengan cikgu sendiri.
yang ni biasanya berlaku di IPT .
Sangat jarang berlaku di sekolah2.
Ye dak?
Crush dengan cikgu sendiri. ni ada beberapa sebab.
mungkin sebab cikgu tu muda?
mungkin sebab cikgu tu single?
mungkin sebab cikgu tu kacak dan lawa?
mungkin sebab cikgu tu tu kaya?
mungkin sebab cikgu tu sama gediknya dengan pelajar?
mungkin sebab cikgu tu bergaya?
segalanya mungkin.
kan?
But,well you know.,cinta tak kenal siapa.
ke acaner?


4. Crush dengan rakan sejawat
Yang ni pulak sama kes dengan kes crush dengan rakan yang sama tempat belajar tu.
mungkin sebab bergaul dalam kerja.
menyebabkan mereka bertambah rapat.
dan bunga2 cinta mula berputik.
ye la kan.,
dah sama2 saling membantu,
saling kerjasama.
konfem ada la terdetik dalam hati suka kat dia.
ke acaner?


5. Crush dengan orang yang sama minat.
haa.
crush dengan orang yang ada minat yang sama.
yang ni agak cool.
Jatuh hati sebab ada minat yang sama.
mungkin minat band yang sama?
mungkin minat subjek yang sama?
mungkin minat permainan yang sama?
mungkin hobi sama
atau mungkin sama2 minat politik?
haha
ye la kan,
kalau dah sama minat,
best la nak diajak berbualnye.
nak tukar2 pendapat.
tertarik dengan minat dia yang dirasakan lagi minat berbanding dengan yang kita minat walaupun minat yang sama.
haa gituu.
Yang ni best.
Crush dengan orang yang ada minat yang sama.
Peluang untuk si dia jatuh hati kat kita pun tinggi berbanding dengan yang lain2.
ke acaner?


Dah cukup 5 tu.
Mungkin banyak lagi yang boleh ditulis.
Tapi saje je bagi 5.
Kalau ada lagi yang korang tahu.
Kongsi2 la kat ruangan komen tu kalau rajin. hehe

Sekian untuk kali ni.
Sarapan jom!
Babai~




CRUSH DAN STALK BERPISAH TIADA

No comments:

Post a Comment