Monday, July 1, 2013

Ainan Tasneem

Assalammualaikum
Hai
Hello
Selamat Malam
Cuaca malam ni biasa2 sahaja.
Suasana agak tenang.
Membangkitkan mood untuk menulis entry.

Okei.
Kali ni Florist nak tulis satu entry mengenai sorang retis yang Florist minat,
Siapa? Siapa? Siapa?

Ahaaa,.
Retis yang dimaksudkan itu ialah
artis sensasi remaja
AINAN TASNEEM

Haa,,.see?
tulis nama dia pun guna huruf besar,
Siap guna capslock lagi tu. hehe




Florist dah lama kenal si Ainan ni,
Cuma dia je yang tak kenal Florist.

Okei.
Rasanya semua orang kenal kan Ainan Tasneem ni sape kan?
Takkan la orang Malaysia tak kenal artis. 
Mesti korang kenal lahh dia ni.
Dia ni salah sorang artis remaja yang bertudung di Malaysia ni.
Mula disedari bakatnya melalui laman YouTube.
Lagu yang dibawanya ketika itu merupakan lagu ciptaan dia sendiri iaitu
Aku Suka Dia

Kalau korang nak kenal Ainan,pergi la jenguk Facebook page Ainan Tasneem.
Kat situ korang boleh la tengok ramai orang2 duk comment.
Biasanya lelaki lah.
Ye la kan,si Ainan ni kan lawa,
mesti la ramai yang berkenan. ye dak?
Florist perati je ni mana2 yang buat cobaan untuk flirt Ainan kat situ.
dan Florist percaya yang Ainan pun perati je. 
ye dak?


Okei,
Ainan Tasneem.
Nama sebenar dia Ainan Tasneem Ridzuan.
Dia ni student lagi.
Belajar kat UniMap.
UniMap ni Universiti kat Perlis nun. Tau kan?
(mana2 pembaca yang study kt sana,mohon sampaikan salam Florist kat dia. oke?)


Dia ni student bahagian Bioprocess Engeenering (?)
Err..lebih kurang la.
So kalau kepingin nak jumpa dia,
try la usha2 kat bahagian Bioprocess tu. 
Tapi jangan usha sorang2. Emel kat Florist dulu. Kita pegi usha sesama. deal?


Ainan ni salah sorang pelajar pintar.
Bijak dia ni.
Hari tu yakni beberapa bulan lepas,dia dapat anugerah Dekan.
Selain pandai dalam pelajaran,dia jugak pandai menyanyi dan main gitar.
(dia kan penyanyi,mesti la pandai nyanyi)
Tapi dia gitau hari tu,
menyanyi dan main gitar ni sekadar hobi je la.,
Pelajaran tu yang penting.
Florist setuju dengan dia.
Macam Florist tulis blog ni jugak,hobi+minat.
Tapi pelajaran tu yang harus diutamakan.
Ke acaner?

Rumah Ainan Tasneem?
Rumah dia seingat Florist la kan,
dekat2 area Bukit Jalil.
Tapi alamat penuh tak boleh bagi la,.mana boleh~ hoho
(sebenarnya aku pun tataw alamat dia)

Tak lengkap kalau taktau birthday retis ni kan?
Korang tau birthday Ainan?
Bagi yang tak tahu lagi,birthday dia 4 November.
haaa,.sape yang baca entry ni yang lahir sama tarikh dengan Ainan?
Nanti boleh sambut birthday sama2.
Jangan lupa ajak Florist taw. =)

Umur dia dengan Florist takde la jauh sangat bezanya.
Beza setahun je pun..hoho



Lagu2 Ainan Tasneem ni semuanya berjiwa remaja.
Sesuai la dengan status dia tu,remaja.
Kekadang bila Florist dengar lagu dia,
Boleh sampai terbuai2 sampai ke alam fantasi.

Antara single yang Ainan Tasneem ada sekarang ni
1. Aku Suka Dia
2. Aku Keliru
3. 150 Juta
4. Kamu Saja
5. Tak Mungkin Aku
6. Luka
7. Untukmu Kawan(yang ni belum sure lagi tajuknya. Single yang latest)

Haa,.mungkin ada antara lagu2 ni yang korang belum pernah dengar kan?
Believe me,
Lagu "Tak Mungkin Aku" best.
Lirik dia mendalam gitu.
Ini album Ainan Tasneem yang Florist ada.
Mini album je. 
Tapi harap2 pada masa akan datang dia akan lebih sukses.




Okei la,
Florist tinggalkan korang dengan lirik lagu Tak Mungkin Aku
okei?
hayati lirik lagu ni. (^_^)



TAK MUNGKIN AKU

JANGANLAH LAGI  KAU MENGHARAP 
CINTAKU UNTUKMU
JANGANLAH LAGI KAU MERAYU
PADAKU UNTUK MENERIMA KAMU

JANGANLAH KAU MENDEKATI
AKU INGIN DIJAUHI
PERGILAH ENGKAU PERGI
PERGI DARI HIDUP INI

JANGAN LAGI MEMAKSA
AKU TAHU KAU BERPURA
BAIK PUTUSKAN SAJA
ENGKAU MEMANG BUAYA

TAK MUNGKIN AKU
TAK MUNGKIN AKU KEMBALI
KEMBALI PADA DIRIMU LAGI

TAK MUNGKIN AKU
TAK MUNGKIN AKU BERSEDIH
BERSEDIH KERNA DIRIMU LAGI

TAK PERLU LAGI DITANYA 
MENGAPA KENAPA
TAK PERLU LAGI BERDUSTA
KERANA KU TAHU ITU SEMUA

TAK PERLU KAU MENCARI
DIRIKU INI LAGI
AKU INGIN SENDIRI
TANPA ENGKAU DI SISI

TAK PERLU KAU BERASA
DIRI AKU ENGKAU PUNYA
BAIK LEPASKAN SAJA
KU TAK RELA BERSAMA

No comments:

Post a Comment