Tuesday, July 9, 2013

Generasi Baru-Laman Sosial-Cinta

Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat malam semua
Cuaca malam ni agak sejuk.
Tadi hujan lebat.
Tapi takpe.
Florist suka sejuk2 ni.
Baru syiok nak hibernasi.
Ke acaner?

Okei.
Hari ni.
Atau lebih tepat lagi petang tadi,
Florist terjumpa satu video.
Video yang berdurasi 2minit lebih tu tentang rakaman sorang budak perempuan ni,
yang macam nak bagitahu satu dunia yang dia sedang bahagia dengan pakwenya.
Atau mungkin dia cuma nak tunjuk video tu kat pakwe dia je.
Tapi kalau dah masukkan dalam youtube,
hmm,.ntah la.

Ntah la nak cakap apa
Baru seminggu couple.
Hmm.,
mungkin ni first time dia couple?
mungkin si laki tu crush dia,dan bila crush balas balik perasaan tu,
faham2 la. 
Sape tak excited kan~
Atau mungkin dia nak buktikan kesungguhan cinta dia?
Segalanya mungkin
Tapi yang pasti,
dia dah salah langkah.
Sayang kan?

Budak perempuan ni yang dikenali sebagai Awani,
masih lagi dibangku persekolahan.
Masih lagi hijau umurnya.
Asal dari Penang.
Mungkin dia sekarang ni Form5,atau mungkin Form3.
Dia ni jugak pemidato sekolah dia.
Hmm,.
agak hebat jugak la kot.
Tapi sayangnya,
sebab video tu,
semua tercalar.

Agak2 macam mana hidup dia lepas ni?
i mean,
yela kan
nak beli makanan kat Secret Recipe
lepas tu orang ramai duk bisik2 sambil jeling2 kat dia.
Mesti rasa macam,.
ntah la,.
tak pernah rasa macam tu dan taknak melalui semua tu.
Difikirkan saje sudah terasa ngerinya.
Harap jangan bunuh diri udah ler,.

Sekarang ni page2 yang bash orang macam ni makin banyak
ada yang cakap tak perlu nak bash.
kesian kat dia.
jangan sebar aib orang.

Tapi kalau tanya Florist,
bila dibuat macam ni (bash2 ni)
ada baiknya.
Mungkin boleh mengurangkan kadar status2 yang 'batak'
Mungkin boleh menyebabkan manusia di dunia maya ni tidak upload gambar yang memalukan diri sendiri.
Dalam facebook contohnya,
untuk apa dia upload gambar atau video melainkan untuk orang tengok.
ye dak?
Dalam facebook ada butang share,
untuk ape agak2 butang tu?

Bila dah upload gambar/video atau up status yang ala2 nak perhatian gitu,
bukan ke namanya inginkan perhatian tu?
Lagi ramai orang tengok lagi happy diri terasa,
Ye dak?

Tapi bagi manusia berfikir yang suka buka laman sosial,
yang suka up status,
yang suka up gambar,
Mungkin akan fikir banyak kali sebelum buat macam tu.
And yeah,
mungkin akan ada yang cakap

"sukati aku la fb aku"

ye la tu fb awak,
tapi yang tengok apa yang awak up tu bukan awak sorang.


"alaa,.kalau tak suka,unfriend je la aku. Apa susah, Tak rugi pun"

..okei..fine..

hmm,.
Ini la generasi baru.
Sudah tidak kenal erti malu.
Generasi yang tidak berfikir panjang,
Hanya keseronokan yang difikirkan.

Generasi baru,
yang kononnya akan memimpin negara pada masa kelak,
Generasi baru,
yang rata2nya tiada hala tuju,
Generasi baru,
yang kenyang disuapkan kesenangan,
sehingga mereka lupa apa itu kesusahan.
Sehingga mereka lupa apa itu usaha.

Okei.
Back to the topic.
Hmm,.
soal cinta usia muda ni,
kalau boleh jangan la hebahkan.
Sebab apa?
Sebab M.U.D.A
yes.
Muda.
Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
Memang la sekarang ni boleh berjanji macam2.
Nak kekal sampai bila2 la.
Awak yang paling saya sayang.
blablablabla
Yes.
Memang betul semua tu.
At least time korang bercinta. 

Cinta remaja di bangku sekolah,
tak sampai 3% yang sampai ke jinjang pelamin.
Mostly putus kat tengah jalan.
Ramai lagi manusia kat luar tu yang korang tak jumpa.
Nanti jumpa yang ala Aaron Aziz  ke
yang ala Ainan Tasneem ke,.
haa,.time tu baru la korang tau apa itu cinta,apa itu setia.

Jangan buat perkara yang memalukan diri.
Perlu ingat,
Laman sosial ni bukan hanya kita sorang yang ada kat situ.
Perlu ingat,
Tak semua suka dengan apa yang kita buat di laman sosial
Perlu ingat,
Ada maruah yang perlu dijaga.

Ambik la pengajaran daripada apa yang berlaku kepada orang lain.
dan juga yang berlaku pada diri kita.
Pengalaman mematangkan kita.

Setakat tu dulu untuk entry kali ni.
Nak tulis panjang,
tapi ngantok.
korang tak ngantok lagi?
dah3.
enough internet for today.
babai~

"Aku boleh tinggalkan awek aku sehari selepas kami declare, tapi aku biarkan seminggu sampai dia upload video agar kamu semua tahu betapa murninya cinta antara kami berdua"


[sori,Florist pun suka bash orang kekadang.hehe]

No comments:

Post a Comment