Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat pagi.
Cuaca pagi ni elok
Semalam hujan renyai2.
Segar je udara pagi ni.
Alhamdullilah
Hari ni dah masuk hari kelima puasa.
Harapnya takde yang dah ada bunga2 nak ponteng puasa.
Tamau ponteng2.
Bukan selalu puasa ni.
Okei.
3 hari tak update blog.
Jumaat dan Sabtu memang tak sentuh sangat laptop.
Area Pantai Timur kan cuti hari tu.
So,Florist pun cuti gak la. hehe
As for hari Khamis,
Ada internet problem.
So that is why there is no new entry for that day.
Sorry guys.
Okei.
Good news for me.
Alhamdullilah.
Florist dapat tawaran sambung belajar untuk degree kemasukan bulan Sept ni.
Haa,.ce teka Florist dapat katne?
jeng..jeng..jeng..
Sebelum Florist gitau korang,
Meh Florist gitau dulu kronologi hidup Florist dalam dunia akademik ni.
Permulaan
Smka Lati
Di sini semuanya bermula.
Florist berada kat sini sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.
Kat sini Florist dapat rasa semua suka duka.
Tapi tak pernah nak ambik pengajaran.
Zaman muda2.
Tau main je kan.
PMR Florist dapat 7A.
Mungkin macam banyak A kan?
Tapi hakikat yang sebenar,
kat sekolah ni,
7A's is nothing.
Biasa2 je.
Ramai yang dapat.
Tapi bagi Florist yang result biasa2 je sebelum ni,
Result 7A ni agak gempak.
Di sekolah ni Florist tau apa itu crush.
Di sekolah ni Florist jumpa kawan2 yang baik.
Di sekolah di Florist dapat cikgu2 yang baik.
Tapi sayang Florist tak pernah nak hargai semua tu.
tak pernah nak ambik peluang nak belajar leklok time tu.
Naik menengah atas pulak.
Florist dilantik menjadi Pengawas Pustaka.
Memang "rajin" la pergi pustaka sejak2 dilantik tu.
Florist amik aliran Sains ketika berada di fasa menengah atas ni.
Biology,Kimia,Fizik,AddMath,blablabla
Ketika ni la Florist kenal Achai.
Ketika menengah rendah Florist kenal dengan Plywood.
And we end up as good friends.
Kitorang bertiga.
Trio eay?
Menengah atas ni Florist macam menengah rendah jugak.
Belajar tak macam orang lain.
Belajar sekadar belajar.
Kalau tak faham pun buat2 faham.
Terutama bagi subjek Arab,AddMath dan Kimia.
SPM pun tiba,
Florist dalam kelas sekelas dengan Achai.
Plywood duk kelas lain.
Tapi kitorang sama2 aliran Sains.
SPM Florist memang sangat mengecewakan.
Just dapat 4A out of 11 Subjects.
Teruk kan?
Yeah.
Tipu kalau tak kecewa.
Serba ringkas tentang kehidupan Florist di SMKA Lati
(yang sekarang ni dah jadi sekolah kluster)
Kemudian
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja
And yeah.
Here i am.
Di saat kawan2 lain pergi menjejakkan kaki ke universiti untuk diploma,asasi dan matrikulasi.
Florist terdampar di sini.
Sebagai seorang pelajar Tingkatan 6 Aliran Ekonomi.
Apa perasaan masuk sini.
One word. Malu.
Kenapa malu?
Semua kawan2 masuk Universiti,
Florist tercampak kat sini.
Memang malu.
Daripada pelajar sekolah kluster,tercampak ke sekolah harian biasa.
Suasana memang berbeza.
Sekolah ni pelajar agak bermasalah.
Tapi bukan semua.
Ade je yang baik2.
Dugaan memang banyak kat sini.
Bila kita daripada sekolah kluster,
orang akan pandang tinggi kat kita.
High expectation.
Cikgu2 semua letak harapan tinggi.
Kawan2 sekelas lagi la.
Tapi bila dah lama2 kat sini.
takde la lama sangat.
Cikgu2 Tingkatan 6 kat sini baik2.
Semua sporting.
Rajin.
Hebat.
Sekolah ni dah lahirkan 3 tahun pelajar 4.0 berturut2 dalam STPM.
Hebat tak?
Walaupun sering dengar cerita masalah disiplin pelajar,
Semua tu hanya membabitkan pelajar2 menengah dan bukan pelajar Tingkatan6.
What can i say,
kat sini ala2 zaman kegemilangan Florist tau.
Bermula apabila Florist dapat jadi Pengawas Sekolah.
Bermula dari situ,
Satu demi satu tanggungjawab yang Florist kena pikul.
Florist jadi Ketua Bendahari Pengawas.
Yang ni partner dengan sorang ni.
Memang agak susah sebab benda ni berkaitan dengan duit orang.
Tambah2 lagi partner ni macam.,hmm,.ntah la.
Last2 Florist pergi cakap dengan dia.
Dan Florist amik tanggungjawab sepenuhnya.
Tak perlukan partner.
Lepas tu Florist jadi Presiden Majlis Persatuan Pelajar PraU .
Tapi bila tengok sejarah lepas2.
Orang yang pegang jawatan Presiden dan Bendahari Pengawas ni memang result exam lingkup.
And i was like.,
Gulp !
Lepas tu Florist jadi Ketua Rumah Sukan,
Ketua Persatuan.
S/U Kelab.
blablablabla.
in short,semua jawatan tertinggi. -_-
Dan lagi Florist masuk pertandingan Sketsa Rukun Negara.
tarikh pertandingan hanya beberapa minggu sebelum Trial.
And again,i was like
Gulp !
Skrip sendiri buat.
Lakonan kena hidup.
Dan ini pertandingan pentas pertama Florist.(selepas zaman sekolah rendah)
Pertandingan ni peringkat negeri.
Dan alhamdullilah,
Dapat Johan. =)
(boleh google kalau tak caye)
Maka STPM pun berlalu lah,.
Result pun dah keluar.
Dan dua rekod baru tercipta.
1. Dua Orang pelajar 4.0 dilahirkan pada tahun ni.
2. Pertama kali pelajar 4.0 lahir dari aliran ekonomi.
Dengan tercetaknya dua rekod ni,
satu lagi rekod baru tercipta.
iaitu,
tahun ke 4 pelajar yang mendapat keputusan 4.0 berturut2.
Florist?
Tak,.bukan Florist.
Florist dapat 3.75.
Alhamdullilah.
Berbaloi jugak dengan dugaan semua2 tu. =)
Itu serba ringkas mengenai hidup di PraU di sini.
Seterusnya
Universiti Putra Malaysia
Di sini.
Di sini merupakan hentian seterusnya.
Di sini merupakan destinasi seterusnya.
Di sini Florist dapat sambung dalam bidang ni
PB00-Bacelor Sastera Bahasa Inggeris.
Sastera Inggeris.
First Choice ketika Florist isi borang dulu.
Alhamdullilah.
Dapat sambung dalam bidang yang Florist nak.
Dapat sambung kat Universiti yang Florist nak.
Kemasukan bulan Sept.
Tak banyak yang dapat ditulis tentang ni saat ni.
Kena tunggu kaki pijak tanah UPM dulu.
Baru dapat tulis banyak2 tentang ni.
Doakan Florist semua.
Last but not least.
Setakat ni untuk entry kali ni.
Serba ringkas mengenai perjalanan akademik Florist.
Bermula dari
Sains → Ekonomi → Sastera
Ahaha
Semua bidang Florist bedal. >_<
Okei la.
Jumpa lagi di entry yang akan datang.
Babai.
No comments:
Post a Comment