Assalamualaikum
Hai
Hello
Selamat pagi.
A cloudy day.
Its cool.
at least for me.hehe
Sahur tadi macam mana?
Best?
Florist sahur dengan sup je tadi.
Okei la.
Sekadar nak isi perut.
Beberapa hari lepas,
Keputusan untuk melanjutkan pelajaran bagi Ijazah Pertama dah keluar.
Macam2 reaksi ada.
Yang excited ada.
Yang gembira ada.
Yang sedih ada.
Yang tak puas hati pun ada.
Yang serba salah pun ada.
Eh?
Yang serba salah?
Kenapa serba salah pulak?
Kan dah dapat pergi Universiti tu.
Kalau sedih dan tak puas hati tu kita faham la kenapa.
Tapi kalau yang serba salah ni macam mana pula?
Haa,.
Sebab ada yang serba salah tu la maka lahirnya entry ini !
Serba salah kenapa?
Sebab dapat sambung belajar di Uni yang jauh dari rumah.
Alaa,.
Biasa la kan dapat Uni jauh.
Tapi yang ni "luar biasa" jauhnya.
Di bumi Borneo sana.
Ishh,.
Sebenarnya apa masalah ni?
Ada je kot orang semenanjung yang aman damai sambung degree kat borneo.
Hmm,.
well,
lain orang lain cara.
lain orang lain rasa.
Mungkin sebab tak pernah berjauhan dengan keluarga?
Atau mungkin sebab kos untuk ke sana tinggi?
Atau mungkin dia ada trauma untuk ke sana?
Segalanya mungkin kan..
Dan sebab itu la yang menjadikan rasa serba salah ini.
okei.
Kalau tanya Florist,
macam mana nak selesaikan masalah ni.
Hmm,.
Baik pergi dulu.
Buat sementara waktu,pergi dulu.
Lepas tu jumpa dengan pihak pengurusan untuk tukar Uni.
Rasanya boleh je macam tu.
Yang penting,cuba dulu.
Bukan apa,
Kita dah belajar.
Kita dah exam.
Dah susah payah untuk masuk Uni.
Takkan nak tolak macam tu je hanya disebabkan jarak jauh kan..
Lagipun,
Jauh perjalanan,luas pemandangan.
Belajar kenal2 dengan tempat orang.
Budaya orang.
Takkan selamanya nak duk dengan parents kan.
Tu yang bab takut berjauhan.
Yang ni ada bab yang,Florist tak tahu nak cakap apa.
Dia kata
"Aku tamau pergi la Unimas. Jauh sangat. Perbelanjaan tinggi. Tapi kerja belum tentu dapat"
Kalau perbelanjaan tinggi tu,
mungkin boleh diselesaikan.
Lagipun kalau booking tiket awal2 kan murah.
Tak jadi masalah yang tu.
Yang part
"..Tapi kerja belum tentu dapat"
haa,.yang ni masalah.
Takde benda yang pasti dalam dunia ni.
Macam2 boleh jadi.
Segalanya mungkin.
Kalau la kita sedar yang course kita tu susah nak dapat kerja.
Job prospect sempit,
apa perlu kita buat?
BELAJAR
Yes.
Belajar.
Score tinggi2,
kerja yang akan cari kita,
bukan kita yang cari kerja.
Faham tak apa yang cuba nak disampaikan ni?
Course apa pun,
Yang penting,belajar.
ke acaner?
Dapat kerja atau tak,bukan persoalannya.
Bila kita belajar,
result tinggi,
maintainkan result,
InsyaAllah kerja yang akan cari kita.
Bukan kita yang cari kerja.
So kesimpulannya,
jangan tolak tawaran untuk ke Uni.
Tambah2 lagi kalau korani ni lepasan STPM.Matrik,STAM,Asasi.
Sebab korang akan sambung dalam Ijazah.
Tiada course yang sia2 dalam pembelajaran.
Tiada.Tiada.Tiada.
Be positive.
Setiap sesuatu ada keistimewaannya yang tersendiri.
Its all about your future.
Setakat tu dulu untuk entry kali ni.
Ada urusan sikit yang perlu diselesaikan.
Jumpa lagi di entry yang akan datang.
Babai~
Belajar-Doa-Tawakkal.
p/s : tahniah kepada yang dapat melanjutkan pelajaran. Yang tak dapat tu,jangan sedih,cuba buat rayuan. InsyaAllah ada rezeki.
No comments:
Post a Comment